suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah sediakan bilik tetamu, wanita tak selesa suami pelawa mentua tidur sekali sebab ada ‘aircond’

Bilik tidur merupakan ruang privasi milik suami dan isteri. -Gambar hiasan AI

BAGI kebanyakan pasangan yang sudah berkahwin, bilik tidur bukan sekadar tempat berehat, malah ruang peribadi antara suami isteri.

Namun adakalanya segelintir individu tidak melihat perkara berkenaan sebagai isu yang perlu diperbesarkan lebih-lebih lagi apabila melibatkan keluarga sendiri.

Situasi itu turut dilalui seorang wanita yang mendedahkan dia dan suaminya berselisih pendapat gara-gara lelaki tersebut mempelawa ibu mentuanya tidur di bilik kelamin mereka. 

"Beberapa bulan lepas aku dengan anak-beranak balik rumah mak mentua dekat kampung. Lepas tu mak mentua ikut kami balik rumah sewa yang kami duduk sekarang ini. 

Bilik tetamu lazimnya disediakan sebagai tanda menyambut dan menyantuni ahli keluarga yang datang berkunjung. -Gambar hiasan AI

"Sampai rumah dah malam, aku pun kalut kemas-kemas bilik tetamu untuk mak mentua tidur. 

"Tapi suami ada offer mak mentua tidur sekali dalam bilik kelamin kami sebab ada aircond. Mak mentua cakap, tak apa la mak tidur ruang tamu pun boleh," kongsinya.

Menurut wanita berkenaan, sepanjang tiga hari di rumah sewa mereka, ibu mentuanya tidur di dalam bilik tetamu yang sudah disediakan.

Dia bagaimanapun terkejut apabila suaminya membangkitkan perkara berkenaan hanya pada minggu lalu dan memberitahu bahawa ibu mentuanya terasa hati disebabkan isu bilik tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu ibu mentua tinggal bersama, wanita mula tak senang duduk... Geram anak-anak buat perangai, anggap nenek ‘perisai‘

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak boleh pandang muka dia” - Wanita jauh hati pengakuan ibu mentua ketika berpantang, bukan menantu pilihan tetapi ‘terpaksa’ terima

"Suami beritahu yang sebenarnya mak mentua sampai sekarang masih terasa dengan aku fasal bilik tu. Macam aku sengaja kemas bilik tetamu itu beria-ria sebab tak bagi mentua tidur dalam bilik kami. 

"Aku cakaplah aku tak selesa ada orang lain dalam bilik kami. Bilik dah la sempit. Ada anak kecil lagi.

"Aku takut malam-malam anak menangis ganggu mentua nak tidur. Aku pula jenis kerap terjaga pergi tandas tapi suami tak terima alasan aku," luahnya dalam hantaran di Threads.

Katanya, sejak kecil dia sudah terbiasa mempunyai bilik sendiri dan tidak melalui pengalaman tidur beramai-ramai di ruang tamu seperti yang pernah dilalui suaminya bersama adik-beradik ketika membesar.

  • Seorang wanita berselisih faham dengan suami selepas lelaki itu pelawa ibu mentuanya tidur di bilik kelamin mereka.

  • Wanita itu sudah menyediakan bilik tetamu untuk ibu mentuanya bermalam.

  • Ibu mentuanya tetap tidur di bilik tetamu sepanjang tiga hari berada di rumah mereka.

  • Suaminya kemudian memberitahu bahawa ibunya terasa hati kerana tidak tidur di bilik kelamin mereka.

  • Warga maya memahami pendirian wanita itu dan berpendapat bilik tidur pasangan perlu menjadi ruang privasi.

Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi bercampur namun rata-ratanya memahami perasaannya lebih-lebih lagi apabila melibatkan ruang privasi.

"Faham datang sekali sekala ja, tapi agak-agaklah nak tidur sekali dalam bilik kelamin anak menantu.

"Suami yang patut main peranan sebenarnya.

"Mak mentua tu nak terasa dah kenapa... bukannya tak dibagi bilik," komen segelintir netizen. 

Artikel Lain