KEBAIKAN dan perhatian diberikan seseorang mungkin tidak lebih sekadar mengambil berat, namun hakikatnya perbuatan sedemikian mampu membuatkan hati wanita mudah terpikat.Begitulah dilema dihadapi seorang gadis berusia 20 tahun apabila dia mengakui mula menyimpan perasaan terhadap seorang senior berstatus suami orang di tempat kerjanya. Menurut gadis yang kini menjalani latihan industri di sebuah syarikat di Puchong itu, segala-galanya bermula apabila lelaki berkenaan kerap menawarkan bantuan untuk menghantarnya pulang. "Aku budak intern dan sekarang attached dekat satu syarikat di Puchong. Aku tak ada kenderaan dan ulang-alik ke tempat kerja naik pengangkutan awam. Bahagian sumber manusia (HR) bertanggungjawab menangani aduan melibatkan etika kakitangan. -Gambar hiasan AI"Dekat ofis aku baik dengan semua senior sebab aku peramah dan kelakar namun, aku tersuka dengan seorang abang ini, umur 30 tahun, berstatus suami orang dan mempunyai anak dua," luahnya.Menurut gadis berkenaan, senior tersebut hampir setiap hari menghantarnya pulang ke rumah kerana mengetahui situasinya yang tidak mempunyai kenderaan."Dia cakap dia kesian dekat aku dan anggap aku macam adik dia tapi layanannya sangat baik."Cara dia memandang dan bercakap seolah-olah dia menyukai aku," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Budak intern dah tak tahan jadi ‘kuli batak’ beli makanan... Rakan hanya goyang kaki, beri alasan malas keluar sebab panasARTIKEL BERKAITAN: Padah ajak suami orang keluar, perangai gatal ‘intern’ perempuan dilapor kepada HR!Keadaan itu akhirnya membuatkan gadis tersebut berdepan konflik perasaan apabila menyedari dirinya sudah mula menyukai lelaki berkenaan.Dia turut mempersoalkan sama ada perasaan yang hadir tanpa dirancang itu merupakan sesuatu yang salah."Salahkah aku menyukai dan mempunyai perasaan padanya? Tersuka tanpa sengaja. I need help," luahnya sambil meminta orang ramai memberikan pandangan yang positif.Perkongsiannya itu ternyata mengundang reaksi pelbagai daripada warga maya.Seorang gadis 20 tahun mengaku menyukai senior di tempat kerja yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.Perasaan itu timbul selepas senior berkenaan kerap menghantarnya pulang.Gadis itu menyangka layanan baik lelaki tersebut mungkin tanda dia turut menyukainya.Dia buntu dan meminta pandangan orang ramai mengenai perasaannya.Majoriti netizen menasihatinya supaya menjaga batas dan menjauhkan diri.Ringkasan ini dijana oleh AINamun majoritinya memberikan nasihat dan mengingatkan gadis berkenaan supaya menjauhkan diri dan menolak pelawaan dengan baik memandangkan lelaki tersebut sudah berkeluarga."Kalau awak di tempat isteri dia, apa awak rasa kalau ada yang tersuka suami awak?"Saya sentiasa akan bersama dengan pihak isteri lelaki tu. Confirm dia tak tahu yang suami dia hari-hari hantar sis balik."Jangan biasakan diri terima kebaikan daripada yang bukan ahli keluarga. Termakan budi, tergadai body," komen netizen.