KEUNTUNGAN berlipat ganda yang diperoleh boleh mendorong segelintir individu ketagih dengan skim pelaburan demi menjana pendapatan.Namun apa membimbangkan, keinginan itu boleh menyebabkan seseorang 'mengabadikan' duit gaji bulanan untuk melabur seperti mana dialami seorang lelaki ini. Sikap tamaknya bukan sahaja menjerat diri tetapi akhirnya terpaksa bergantung kepada isteri demi kelangsungan hidup.Segelintir suami mengharapkan duit belanja harian daripada isterinya. -Gambar hiasan AI"Suami aku suka habiskan semua gaji dekat saham. Dia kerja 12 jam setiap hari termasuk kerja lebih masa, tapi duit tak ada."Memang kadang-kadang dia dapat banyak tapi melabur pun banyak juga," luahnya di Threads.Adunya lagi, pelaburan saham tersebut menyebabkan dia kini terpaksa menanggung keperluan rumah termasuk barangan anak-anak.Lebih parah, dia pula terpaksa memberi 'nafkah' kepada suami setiap kali dia keluar pergi bekerja.Seorang wanita meluahkan rasa penat apabila suaminya sering menghabiskan gaji untuk pelaburan saham sehingga keperluan keluarga terpaksa ditanggung olehnya.Walaupun bekerja 12 jam sehari termasuk kerja lebih masa, suaminya masih meminta wang daripadanya untuk membeli makanan di tempat kerja dan perbelanjaan lain.Menurut wanita itu, suaminya pernah meminta wang daripada ibunya apabila duit untuk melabur tidak mencukupi, meskipun dimarahi.Bebanan kewangan keluarga semakin meruncing apabila cincin dan rantai emas anak sudah digadai, selain menanggung hutang pinjaman wang berlesen serta PayLater.Warga maya menyifatkan tingkah laku suaminya seperti ketagihan mengejar pulangan pelaburan, namun dakwaan itu tidak disahkan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Pergi berjalan pun minta isteri, semua minta isteri sedangkan dia beli keperluan rumah guna duit bantuan Sara je."Pernah duit melabur tak cukup, dia minta dekat mak dia walaupun kena maki hamun, tapi dia tetap bodoh macam itu juga."Cincin dan rantai emas anak pun semua sudah digadai, itu belum pinjaman wang berlesen dan paylater," tambahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Dengki tak bagi pergi kerja, suami sanggup cabut bateri kereta... Rupanya marah isteri belum lipat baju!ARTIKEL BERKAITAN: Bergaduh sebab mengidam makan ketam, suami paksa isteri berhenti kerja... Siap pesan enggan tanggung semua hutang!Hantaran itu mengundang reaksi warga maya yang yakin lelaki itu mengalami ketagihan terhadap pelaburan dan saham."Tak judi, mesti Forex! Cuba selidik balik sebab nampak macam lebih kepada ketagihan."Suami aku pun macam ini juga dulu, ikut emosi. Dah rugi, masuk duit lagi sedangkan tak pernah untung. Mujurlah dia sedar semula," antara perkongsian warga maya.