suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja perli makcik ambil lesen motosikal, dianggap sudah tua! Saksi kejadian kecewa sikap biadab anak muda di sekolah memandu

Golongan muda perlu menghormati orang yang lebih berusia. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berdepan situasi kurang menyenangkan ketika menjalani ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mendapatkan lesen motosikal.

Menurutnya, selain dia, terdapat beberapa pelajar sekolah menengah dan golongan berusia turut menduduki ujian tersebut.

Namun, ketika berada di lokasi itu, dia terdengar kumpulan pelajar tersebut bercakap dengan nada kuat dan mengeluarkan kata-kata yang disifatkan tidak beradab.

Menduduki kelas memandu penting bagi memastikan individu memahami peraturan lalu lintas. -Gambar hiasan AI

Menduduki kelas memandu penting bagi memastikan individu memahami peraturan lalu lintas. -Gambar hiasan AI

"Semalam ujian JPJ. Aku bukan calon MyLesen, program percuma bantuan kerajaan. Kemudian ada sekumpulan gadis sekolah menengah, budak MyLesen, bingit betul.

"Lepas itu boleh dia cakap macam ini, makcik tua-tua ini malulah, dah tua baru nak ambil lesen motosikal. Tengok kita orang, baru 16 dah ada lesen," katanya.

Lebih menyedihkan, wanita itu berkata dia dapat melihat reaksi seorang wanita lebih berusia yang dipercayai menjadi sasaran kata-kata berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai dedah sisi gelap sekolah memandu, menggigil ditengking juruajar bengis - “Perlu ke marah-marah, aku bayar kot”

ARTIKEL BERKAITAN: Malang hidup dalam komuniti suka menilai, individu sedih dihina kerana tiada lesen memandu

"Masa mereka bising itu, bukan ambil ujian lagi pun. Aku boleh nampak muka makcik sebelah aku yang disebut itu macam sedih, tapi dia senyum saja," katanya.

Susulan kejadian itu, wanita berkenaan mengingatkan golongan muda supaya sentiasa menjaga adab dan menghormati orang lain tanpa mengira usia.

"Sumpah, cakap tak ada adab. Dah lah lesen kerajaan bagi percuma, lepas itu nak kutuk orang sesuka hati," katanya.

  • Wanita kecewa dengar pelajar sekolah memperlekeh calon lebih berusia.
  • Pelajar terbabit mempersoalkan wanita yang baru mahu mendapatkan lesen motosikal.
  • Wanita itu mendakwa calon yang diperli hanya mampu tersenyum walaupun sedih.
  • Perkongsian berkenaan mengundang reaksi netizen yang turut mengecam sikap terbabit.
  • Orang ramai mengingatkan golongan muda supaya menjaga adab dan menghormati orang lain.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang masing-masing geram dengan adab yang ditunjukan pelajar-pelajar tersebut.

"Jahatnya mulut budak itu. Kita tak tahu makcik itu ambil lesen sebab apa, mungkin dia ibu tunggal dan kena hantar anak ke sekolah. 

"Budak macam ini lepas dapat lesen jadi minah tak pun mat rempit. Bila kemalangan menyusahkan orang lain," komen netizen.

Artikel Lain