LAZIMNYA kedai mencuci kenderaan menyediakan ruang menunggu untuk pelanggan sementara kereta mereka dicuci.Namun seorang lelaki mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum duduk di sofa yang disediakan di sesetengah premis mencuci kenderaan. Lelaki itu juga berkongsi gambar sebuah sofa di sebuah premis sambil memberikan amaran ringkas kepada orang ramai.Ada segelintir premis mencuci kereta menjadi tempat binatang berehat. -Gambar hiasan AI"Peraturan yang pertama. Jangan duduk dekat sofa macam ini kalau pergi kedai cuci kereta. Yang tahu saja tahu," katanya.Dia kemudian menyarankan orang ramai membaca sendiri komen yang ditinggalkan pengguna media sosial berhubung pengalaman mereka ketika menggunakan sofa di premis mencuci kenderaan.Antara komen yang dikongsikan adalah daripada seorang individu yang mendakwa pernah bekerja di sebuah kedai mencuci kereta, sofa turut menjadi tempat tidur pekerja."Tahun 2019, minta kerja dekat tempat cuci kereta siap dapat tumpang tidur dalam kedai. Aku tidur dekat sofa. Malam itu kena serang pepijat. ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka tempah sepanjang hari” - Tauke kedai cuci kereta JB tolak pelanggan tempatan, warga Singapura dapat layanan ‘karpet merah’ARTIKEL BERKAITAN: Buka bisnes cuci kereta di rumah teres, makin naik lemak tak ada siapa lapor! Jiran masih sabar walau jemur baju tak pernah kering"Bila suluh lampu, banyak sangat. Bila pasang lampu, semuanya menggelupur dan masuk sofa. Sebulan bertahan kerja di situ. Lepas dapat gaji, cari kerja yang ada hostel," katanya.Seorang lagi pengguna mendakwa pernah melihat serangga, lipas dan tikus di sekitar sofa yang disediakan penguasaha cuci kenderaan."Lipas celah sofa, kusyen busuk sebab binatang kencing, tikus lalu-lalang. Tak apa, sanggup berdiri 30 minit tunggu kereta siap," katanya.Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mendakwa pernah melihat anjing berada di atas sofa berkenaan.Lelaki beri amaran tentang sofa di carwash.Netizen kongsi pengalaman masing-masing.Bekas pekerja dakwa sofa dipenuhi pepijat.Ada yang dakwa nampak tikus dan lipas.Pelanggan dakwa roti canai turut digigit tikus.Ringkasan ini dijana oleh AI"Selalu aku nampak anjing tidur atas sofa ini. Paling dahsyat, aku pernah nampak sekali anak babi hutan main-main atas sofa ini," tulis seorang pengguna.Seorang lagi pula mendakwa pernah meletakkan sebungkus roti canai di kerusi ketika menunggu keretanya siap sebelum mendapati plastik makanan tersebut berlubang tidak sampai 10 minit kemudian."Siap tapau roti canai. Sambil tunggu kereta, letak sebelah kerusi ini. Tak sampai 10 minit angkat plastik dah berlubang. Rupanya tikus-tikus buat kerja," katanya.