suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru seminggu ibu mentua tinggal bersama, wanita mula tak senang duduk... Geram anak-anak buat perangai, anggap nenek ‘perisai‘

Kehadiran ibu mentua boleh mengubah runtin harian seorang suri rumah. -Gambar hiasan AI

KEHADIRAN ahli keluarga yang datang bermalam di rumah membuka peluang untuk meluangkan masa bersama sekali gus mengeratkan silaturahim.

Begitulah perasaan dirasai wanita ini selepas ibu mentuanya meluahkan hasrat untuk datang ke rumah.

Meskipun gembira namun ujarnya dia berhadapan dengan pelbagai konflik yang remeh tapi meninggalkan kesan mendalam terhadap emosinya.

Kebanyakan orang tua gemar memasak untuk tetamu yang hadir. -Gambar hiasan

Kebanyakan orang tua gemar memasak untuk tetamu yang hadir. -Gambar hiasan

"Ibu mentua aku baru duduk seminggu dengan aku, biasalah nak tidur rumah anak-anak.

"Aku nak masak, dia pun nak masak. Jadinya lauk banyak dan diluar kebiasaan. Sinki pula sentiasa ada barang, mungkin dia jenis tunggu penuh baru basuh," luahnya di Threads.

Menurutnya, situasi semakin di luar kawalan apabila anak-anaknya mula membuat perangai kerana beranggapan mereka tidak akan dimarahi. 

  • Seorang wanita berkongsi cabaran menyesuaikan rutin harian selepas ibu mentuanya tinggal di rumahnya selama seminggu.
  • Urusan memasak menjadi antara konflik apabila kedua-duanya mahu menyediakan makanan sehingga lauk terlalu banyak, selain barang di sinki dibiarkan terkumpul sebelum dibasuh.
  • Menurut wanita itu, anak-anaknya semakin sukar dikawal kerana beranggapan mereka tidak akan dimarahi apabila nenek berada di rumah.
  • Dia berasa serba salah untuk menegur anak-anak di hadapan orang tua kerana bimbang mereka terasa hati, sekali gus berharap ibu mentuanya tidak tinggal terlalu lama.
  • Netizen meminta wanita itu bersabar dan meneruskan rutin seperti biasa, termasuk menegur anak-anak serta menyelaraskan urusan memasak dengan ibu mentuanya.

"Tak boleh nak marah anak-anak depan orang tua, nanti diorang sentap. Suami aku marah anak pun, aku dah sentap," luahnya lagi.

Perubahan rutin itu membuatkan dia mula berharap ibu mentuanya akan segera pulang ke kampung kerana bimbang tidak dapat mengawal diri.

Luahan itu turut mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia bersabar.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jadi ‘pelarian’ sejak ibu mentua datang menumpang, suami pula suka-suka biar abang penagih masuk rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu tempik mak mentua, bengang sibuk nak tidur bilik kelamin anak! Malam-malam bagi alasan pelik, nak rasa ‘aircond’

"Teruskan rutin harian macam biasa. Saya tetap bising dekat anak-anak walaupun ada mentua di rumah.

"Faham sangat bab anak sebab kita kalau boleh tak mahu bertukar menjadi singa depan ibu mentua.

"Rumah saya peraturan saya. Kalau mak mentua tak suka, dipersilakan untuk duduk ditempat lain," antara reaksi netizen.

Artikel Lain