Segelintir wanita mengalami masalah senggugut yang agak teruk sehingga terpaksa mengambil cuti sakit. -Gambar hiasan AI
CUTI sakit (MC) merupakan antara hak yang diperuntukkan kepada pekerja apabila mereka tidak sihat dan memerlukan rehat.Namun seorang wanita meluahkan rasa bimbang sama ada tindakannya keluar membeli makanan ketika cuti sakit adalah satu kesalahan. "Kepada HR (sumber manusia), saya hendak bertanya. Jika contohnya seseorang itu MC pada hari tersebut dan dia MC atas sebab masalah berkaitan haid.Senggugut boleh menyebabkan ketidakselesaan, kekejangan perut dan gangguan terhadap aktiviti harian. -Gambar hiasan AI"Pada malam itu dia hanya keluar makan setelah seharian tak makan. Adakah dikira salah dan menipu sakit?" soalnya.Wanita itu menjelaskan waktu bekerja pada hari berkenaan adalah dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang manakala cuti sakit diperoleh daripada fasiliti kesihatan kerajaan.Dia turut menjelaskan bahawa dirinya bukan seorang yang kerap mengambil cuti sakit, malah sepanjang tahun ini hanya tiga kali mendapatkan MC.ARTIKEL BERKAITAN: Wajib maklum 3 hari awal jika mahu MC... HR tanggung malu jawapan ‘loyar buruk’ pekerja, tak sampai sejam terus tarik balik notisARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekerja memanjang MC anak sakit, guna taktik EL ‘tapau’ cuti raya! Wanita hanya mampu pendam, takut dituduh ‘selfish’ - “Akak bujang tak apa”"Saya jarang MC, tahun ini baru MC tiga kali, itu pun lain bulan," katanya.Meskipun tidak berkongsi situasinya secara spesifik, namun persoalan dibangkitkan wanita itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan warga maya mengenai batasan seseorang pekerja ketika mengambil cuti sakit.Namun rata-ratanya berpendapat tindakan wanita berkenaan keluar mendapatkan makanan pada waktu malam tidak boleh dianggap sebagai penyalahgunaan cuti sakit.Seorang wanita meminta pandangan HR selepas keluar makan pada waktu malam ketika hari MC.Dia mengambil MC kerana mengalami masalah berkaitan haid.Dia hanya berehat di rumah sepanjang hari sebelum keluar mencari makanan pada waktu malam.Dia bimbang tindakannya itu dianggap menyalahgunakan MC atau menipu pihak syarikat.Rata-rata warga maya berpendapat tindakannya menyalahgunakan cuti sakit.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dapat MC yang sah, company tutup mata je la melainkan kalau ada pattern. "Makan malam lepas habis waktu kerja pun jadi isu."Tak salah. Melainkan HR ada sebab atau bukti lain contohnya MC palsu, tipu sakit atau pun awak terlalu kerap ambil MC," komen netizen.