LAMBAKAN pendatang warga Rohingya di Malaysia kian meresahkan masyarakat tempatan ekoran isu keselamatan yang kian terjejas.Malah, sektor kesihatan negara juga turut dipenuhi lambakan golongan itu yang secara tidak langsung merampas hak istimewa rakyat tempatan khususnya di wad kerajaan. Situasi itu boleh digambarkan menerusi perkongsian wanita ini yang menyaksikan sendiri kejadian 'menjijikkan' ketika melawat rakannya di wad bersalin baru-baru ini.Jelasnya, gadis Rohingya berusia 19 tahun itu pada mulanya meronta kesakitan dipercayai mahu bersalin.Segelintir pelarian Rohingya bersikap kurang ajar ketika mendapatkan rawatan di hospital. - Gambar Hiasan AILebih memalukan apabila individu berkenaan kemudiannya membuang air besar di lantai tandas dan katil wad di situ."Ada patient Rohingya baru masuk umur 19 tahun tergolek atas katil sampai terselak-selak kain."Dengan tak pakai seluar dalam! Dah la suami orang penuh dalam wad, melawat isteri masing-masing."Masa dia tergolek-golek misi pergi periksa, bukaan baru 3cm boleh pula si budak Rohingya ini 'melepas' atas lantai dalam toilet, lepas tu naik atas katil melepas atas katil pula," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN : Wanita terseksa satu bas dengan 40 lelaki Rohingya, bau ‘bangkai’ menusuk hidung - “Dari Pasir Putih sampai Machang aku tak bernafas”ARTIKEL BERKAITAN : Wanita Rohingya berbadan dua datang hospital, pelawat ‘pedajal’ lepas diminta tunjuk arah ke PAC - “Aku cakap jauh, kena ikut jalan luar“Memuji keprihatinan serta kesabaran tinggi dipamerkan jururawat di situ, situasi kecoh tersebut akhirnya berjaya dikawal dengan penuh profesional dan berkhemah.Sebelum ini, kerajaan Malaysia dilaporkan telah menghantar pulang kira-kira 1,500 pelarian Myanmar dalam fasa pertama pada Selasa.Kumpulan tersebut antara 5,000 warga Myanmar yang menyatakan persetujuan untuk pulang secara sukarela dari pusat tahanan.Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan angka tepat etnik Rohingya terlibat berikutan pihak berkuasa negara tidak mendedahkan jumlahnya.