suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Nampak aku macam balaci kau?” — Lelaki geram rakan sebilik asyik kirim makanan, bab bayar terus hilang ingatan!

Membelikan makanan untuk rakan sebilik merupakan perkara biasa. -Gambar hiasan AI

PASTI ada di antara kita pernah menjadi 'mangsa' rakan sebilik yang cukup pemalas untuk keluar membeli makanan dan lebih suka mengirim pesanan.

Namun jika setiap kali keluar ada sahaja kiriman yang dibuat, lama-kelamaan rakan yang gemar membantu pun boleh hilang sabar.

Apa membuatkan hati lebih membara, bukan sahaja tak reti membayar makanan dipesan malah terpaksa menggemis duit sendiri.

Situasi itu turut dialami seorang pemuda yang merasakan dirinya telah diambil kesempatan oleh rakan sebiliknya.

Pelbagai menu disediakan bagi mengelakkan pelajar berasa bosan untuk memilih makanan. -Gambar hiasan AI

Pelbagai menu disediakan bagi mengelakkan pelajar berasa bosan untuk memilih makanan. -Gambar hiasan AI

"Nampak muka aku ini macam balaci kau ke? Kalau bayar balik tak apalah juga, ini kena tunggu tiga hingga tujuh hari bekerja baru kau nak bayar.

"Ingat rakan sebilik kau ini anak sultan yang duit banyak? Pantang nampak keluar je terus nak kirim siap suruh tangkap gambar menu," luahnya di Threads.

Adunya lagi, dia pernah memberikan alasan terlupa dan sebagainya bagi mengelakkan dirinya 'diperangkap' dengan masalah kewangan kerana sukar mendapatkan bayaran balik bagi setiap pesanan dibeli.

  • Seorang anak muda meluahkan rasa geram apabila rakan sebiliknya kerap mengirim makanan setiap kali dia keluar, sehingga berasa dirinya diambil kesempatan.
  • Dia terpaksa mendahulukan duit sendiri dan menunggu tiga hingga tujuh hari bekerja sebelum rakannya membayar semula.
  • Rakannya turut meminta dia mengambil gambar menu untuk memilih makanan, menyebabkan urusan kiriman itu semakin membebankan.
  • Walaupun pernah memberikan alasan terlupa untuk mengelak kiriman, rakannya masih membuat pesanan dan meminta kod QR kedai.
  • Netizen menyarankannya supaya bertegas, berhenti melayan kiriman atau mengenakan caj bagi setiap pembelian makanan.

Namun malangnya, individu tersebut seolah-olah 'kebal' kerana masih lagi membuat pesanan makanan.

Lebih mengejutkan apabila, dia diminta memberikan kod QR kedai kononnya akan terus membuat bayaran.

"Ada masa dia cakap 'nanti aku bayar, bagi QR kedai', apa beza QR kedai dengan aku sedangkan aku juga yang bayar," luahnya sambil mengakui tertekan dengan situasi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia bersalin anak luar nikah terbongkar, pelajar dikhianati rakan sebilik... Tinggal satu semester nak ‘grad’ tapi dibuang universiti

ARTIKEL BERKAITAN: “Jantan tu tahu bentuk badan kami!” - Gadis berang ‘roommate’ VC lelaki sambil mandi, sampai terlanjur tayang aurat kawan sebilik

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia bertegas tentang pembelian makanan.

"Mulakan caj bayaran RM5 bagi setiap kali belikan makanan tu sebab e-hailing pun tak boleh hantar sampai depan hidung.

"Alang-alang buat bisnes, setiap kali belikan kau caj RM3.

"Jangan layan dan buat tak tahu je, nanti lama-lama dia akan berhenti mengirim," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain