Kanak-kanak sewajarnya dididik untuk mempunyai sikap tanggungjawab atas setiap perkara yang dilakukan. -Gambar hiasan AI
MELIHAT pakaian anak pulang dari sekolah dalam keadaan kotor apatah lagi dicemari lumpur, sememangnya boleh mengundang rasa kurang senang dalam diri seorang ibu.Namun tidak semestinya insiden sedemikian berakhir dengan kemarahan, malah ada yang meninggalkan pengajaran cukup besar kepada orang dewasa. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini apabila anaknya memaklumkan uniform sekolahnya terpalit lumpur gara-gara dibaling oleh pelajar lain. "Tadi anak balik dari sekolah tengok tudung dan uniform dia kotor. Ingatkan dia jatuh, maklumlah hujan lebat kan. Tapi dia cakap, ada budak baling adik dengan lumpur."Tak ada lah rasa nak marah, sebab tengok anak pun ok, tak ada menangis," kongsinya.Ketika sedang bersoal jawab dengan anak perempuannya itu, wanita itu terdengar seseorang memberi salam dari luar rumah sebelum mendapati gerangan tetamu tersebut adalah seorang kanak-kanak perempuan bersama adik lelakinya.Gurauan sesama rakan ada kalanya bersifat keterlaluan sehingga melibatkan campur tangan ibu bapa atau guru. -Gambar hiasan AIUjarnya, kehadiran dua kanak-kanak tersebut rupa-rupanya membawa satu tujuan yang cukup membuatkan wanita berkenaan tersentuh."Acik saya nak minta maaf. Adik saya baling lumpur dekat anak acik. Dia nak baling ke orang lain, tapi terkena anak acik. Saya dengan adik saya datang nak minta maaf. Saya mintak maaf acik."Terus dia hulur tangan salam. Lepas tu adik dia pun sama hulur tangan salam kita," ujarnya mengimbas kembali kunjungan dua beradik itu ke rumahnya.Menurut wanita berkenaan, dia tergamam melihat keberanian kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu yang bukan sahaja berani tampil ke hadapan, malah membawa sendiri adiknya untuk mengakui kesalahan.ARTIKEL BERKAITAN: Anak dituduh pembuli sampai rakan sekelas trauma ke sekolah, ibu tak percaya terus cari bukti... Lega guru jadi penyelamatARTIKEL BERKAITAN: Tak rela lihat anak tiri menangis kena ejek, wanita bawa parang pergi rumah pembuli - “Dia maki hamun mak ayah budak itu”"Acik, saya janji lepas ni saya jaga adik saya betul-betul."Tergamam kejap. Dalam umur sementah tu, dia berani ke depan bertanggungjawab malah bawa sekali adik dia untuk mengaku kesalahan."Bagus didikan mak ayah anak-anak ini. Cara bercakap budak perempuan tu pun firm, ada ciri-ciri pemimpin, langsung tak ada muka takut, adik dia je nampak cuak sikit," kongsinya lagi.Walaupun kejadian itu mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah pihak, wanita tersebut melihat ada nilai besar yang boleh dipelajari daripada sikap dua beradik berkenaan.Seorang wanita berkongsi kisah anak perempuannya yang pulang dengan tudung dan uniform sekolah dicemari lumpur.Dia tersentuh melihat keberanian dua beradik datang ke rumah untuk memohon maaf atas kejadian tersebut.Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun membawa adiknya untuk mengakui kesalahan.Malah kanak-kanak itu turut berjanji akan menjaga adiknya dengan lebih baik selepas ini.Perkongsian itu menerima pujian warga maya yang kagum dengan sikap bertanggungjawab dua beradik tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tak sempat nak ajak minum, si Kakak minta diri nak balik. Dalam hati saya berdoa semoga dua anak kecil ini membesar jadi manusia berguna, berjaya dunia dan akhirat," ujarnya lagi.Di ruangan komen, perkongsian wanita berkenaan mengundang pujian warga maya yang rata-ratanya turut melahirkan rasa kagum dengan sikap dua beradik berkenaan. "Bagusnya dah ada rasa tanggungjawab."Mungkin mak dia dah menjerit dekat rumah, kau pergi mintak maaf sekarang."Nanti kalau jumpa dia lagi jangan lupa belanja dia kak, baik sangat budaknya," demikian antara komen netizen.