suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sengaja lewat pergi solat Jumaat, alasan suami buat isteri bengang - “Apa beza datang awal kalau tidur, main telefon?“

Isteri perlu menegur suami yang culas dalam menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim. -Gambar hiasan AI

SEORANG isteri pasti mengharapkan sosok suami yang bukan sahaja bertanggungjawab sebagai ketua keluarga tetapi taat kepada agama.

Namun seorang wanita meluahkan rasa kurang senang apabila suaminya sering melambat-lambatkan diri ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Menurut wanita itu, sepanjang tempoh perkahwinan, suaminya hanya tiba di masjid sama ada sesi khutbah hampir selesai atau ketika jemaah sudah mula menunaikan solat.

Khutbah Jumaat yang panjang menyebabkan ada segelintir jemaah tertidur. -Gambar hiasan AI

Khutbah Jumaat yang panjang menyebabkan ada segelintir jemaah tertidur. -Gambar hiasan AI

"Aku tegur laki aku suruh segera ke masjid sebab selama aku berkahwin dengannya, dia selalu lambat ke masjid.

"Aku benganglah, sampai masjid mesti nak dekat habis khutbah atau orang dah mula solat," katanya.

Bagaimanapun, suaminya mempunyai pandangan berbeza malah mempertikaikan sikap segelintir jemaah yang hadir lebih awal ke masjid.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tegur khutbah Jumaat terlalu lama, surah panjang siap dibaca berlagu... Perlu fikir situasi jemaah - "Tak tenang dibuatnya"

ARTIKEL BERKAITAN: Cakap tak pakai otak! Isteri bengang pengurus Muslim tempat kerja suami suruh keluar solat Jumaat bergilir-gilir

"Dia boleh nak berbahas dengan aku. Dia cakap apa beza pergi awal, lepas itu kau tidur di masjid?

"Apa beza pergi awal tapi main telefon, perkara melalaikan waktu khutbah?

"Dia cakap solat tetap sah cuma dia berdosa la tak dengar khutbah. Pulak dah!

  • Isteri kecewa suami dikatakan sering lambat ke masjid untuk solat Jumaat.
  • Suami didakwa kerap tiba ketika khutbah hampir selesai atau solat sudah bermula.
  • Wanita itu mahu suaminya hadir lebih awal supaya dapat mendengar khutbah.
  • Suami pula mempersoalkan jemaah yang hadir awal tetapi tidur atau bermain telefon.
  • Mufti menjelaskan sengaja meninggalkan khutbah Jumaat adalah berdosa walaupun solat Jumaat tetap sah.

"Aku nak kau pergi awal saja. Dengar khutbah! Stes, boleh bawa bergaduh," katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Berdasarkan semakan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan perbuatan lewat menghadiri solat Jumaat sehingga ketinggalan khutbah adalah dilarang kerana ia menyalahi arahan Allah di dalam al-Quran. 

"Walaubagaimanapun, solatnya adalah sah namun perbuatan dengan sengaja meninggalkan kehadiran mendengar khutbah Jumaat adalah dikira berdosa," katanya.

Artikel Lain