TEGURAN daripada sahabat ada kalanya menjadi kenangan yang terus tersemat di dalam ingatan terutama apabila disampaikan dengan niat untuk membantu memperbaiki diri.Seorang wanita berkongsi dia sering teringat kepada rakan baiknya yang disifatkan banyak mengajarnya tentang adab sebagai wanita. Jelasnya, tanpa nasihat dan teguran rakan baiknya, dia mungkin masih memandang ringan terhadap perkara yang dianggap kecil tetapi memberi kesan kepada cara pandangan orang terhadapnya."Aku nak berterima kasih kepada kawan lama aku sebab dia pernah tegur cara aku makan. Dia cakap cara aku makan messy," kongsinya di Threads.Rakan baik akan sentiasa saling bantu-membantu. -Gambar hiasan AITidak terus mengkritik, rakannya itu terus menunjukkan cara makan yang sopan dan penuh tertib sebagai seorang wanita.Malah dia turut berpesan kaum wanita perlu duduk dengan sopan ketika menikmati hidangan."Dia cakap perempuan kena makan dengan sopan. Duduk betul-betul termasuk cara pegang sudu dan garfu."Ambil makanan dengan sopan dengan jumlah kecil sebelum masukkan ke dalam mulut secara perlahan-lahan," kongsinya serba sedikit teguran diterima.Seorang wanita meluahkan penghargaan dan rasa rindu terhadap rakan lamanya yang pernah memberi tunjuk ajar tentang cara makan serta persiapan pernikahan.Ketika makan tengah hari bersama, rakannya menegur cara dia makan yang bersepah sebelum menunjukkan cara duduk dan memegang sudu serta garfu dengan betul.Rakannya turut mengajarnya mengambil nasi dan lauk sedikit demi sedikit serta menyuap perlahan-lahan.Menjelang pernikahan, rakan tersebut mengingatkannya supaya memakai stoking dan menyapukan losen pada tangannya agar lembut serta wangi ketika bersalaman.Perkongsian itu mengundang reaksi netizen yang turut mengenang jasa rakan, termasuk membantu memperbaiki tulisan dan mengajar mereka mengira duit syiling.Ringkasan ini dijana oleh AIDia yang ketika itu terkesima dengan teguran diterima terus memandang pinggan rakannya."Aku tengok pinggan dia dan pinggan aku, pinggan aku dah bercampur-campur lauknya sedangkan pinggan dia masih cantik tersusun," imbaunya sambil menyatakan teguran tersebut diberikan disebabkan dia bakal mendirikan rumah tangga.Ceritanya lagi, individu tersebut turut mengingatkan supaya memakai stoking dan pelembab tangan sebelum majlis pernikahan berlangsung."Dia siap picitkan losyen dekat tangan aku sebab katanya masa bersalam nanti, tangan sentiasa lembut dan wangi," ujarnya yang turut meluahkan rasa rindu pada sahabatnya itu.ARTIKEL BERKAITAN: “Giliran saya dia buat bodoh saja” - Wanita ‘frust menonggeng’ sahabat baik tak ucap selamat hari lahir, hadiah jauh sekaliARTIKEL BERKAITAN: Lebih sedekad berkawan, tiba-tiba disisihkan! 3 sahabat baik lepak tak cakap dalam grup, galak upload gambar di IG - “Apa salah saya?”Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman memiliki rakan yang baik."Banyak perkara yang kita belajar di sekolah melalui orang sekeliling kita."Saya berterima kasih dengan kawan sekolah, asbab dia nak tiru kerja sekolah dia suruh saya cantikkan tulisan dan sampai sekarang tulisan cantik."Saya dulu tak pandai kira duit. Ada kawan kelas ajar kira duit syiling, 20 sen boleh beli air cawan biru, 50 sen beli nasi lemak dalam pinggan... satu-satu dia tunjuk rupa duit syiling tu," demikian reaksi netizen.