suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita geram keluarga ‘konoha’ suami suka kutuk belakang, hujung bulan tak tahu malu pinjam duit... Siap nak cari kerja di Malaysia!

Penerimaan keluarga mentua terhadap pasangan boleh menjadi punca perbalahan suami isteri. -Gambar hiasan AI

PERKAHWINAN campur antara rakyat Malaysia dengan negara luar bukan lagi perkara asing, malah menjadi bukti bahawa cinta mampu merentasi sempadan.

Namun, perbezaan latar belakang, budaya serta penerimaan keluarga mentua boleh menjadi antara cabaran perlu dihadapi.

Situasi itu boleh digambarkan menerusi perkongsian wanita ini yang cukup lazim dengan kecaman serta kritikan dari keluarga suaminya.

Mendirikan rumah tangga bersama pasangannya dari Indonesia, dirinya acap kali dikutuk malah turut membabitkan soal maruah negara.

Persefahaman antara dua belah pihak keluarga boleh menjadi isu keretakan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Sebenarnya keluarga laki aku pun memang perangai tipikal 'konoha', waktu aku balik sana punya dorang mengutuk orang kita kata kita tak ada budaya lah apa.

"Lepas tu bila laki aku dah duduk sini, orang yang sama sibuk mengemis tanya ada kerja ke tak, yang minta duit toksah cakap, sampai sekarang tiap bulan ada je pengemis online.

"Oh memang aku bagi lah, eh kok mintak kerja sama negara gak ada budaya, kerja aja sono ke Jakarta, kan negara kau hebat sangat," katanya.

  • Wanita Malaysia berkongsi pengalaman berdepan kecaman daripada saudara-mara suaminya yang berasal dari Indonesia.

  • Keluarga suaminya mengutuk rakyat Malaysia dan memperlekehkan budaya negara.

  • Saudara-mara suaminya turut didakwa meminta meminjam wang setiap bulan serta bertanyakan peluang pekerjaan di Malaysia.

  • Dia pernah difitnah sebagai janda selepas keluarga suaminya mengetahui hasrat lelaki berkenaan untuk mengahwininya.

Pun begitu, wanita terbabit bersyukur kerana dikurniakan ibu mentua yang sangat memahami dan penyayang seperti keluarga kandung sendiri.

Malah, ibu mentuanya sebelum ini dikatakan pernah menengking sekumpulan wanita di sana ekoran tuduhan 'janda' dilemparkan terhadap menantunya.

"Aku pernah kena fitnah janda, masa keluarga dorang dapat tahu yang suami aku nak kahwin dengan orang Malaysia, ada yang bagi ayat dengki.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih sedekad berkawan, tiba-tiba disisihkan! 3 sahabat baik lepak tak cakap dalam grup, galak upload gambar di IG - “Apa salah saya?”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita perangai ‘tak semenggah’ berubah selepas ditegur kawan, ingatkan pakai stoking sebelum nikah - “Perempuan kena sopan, makan sikit-sikit”

"Mana lah orang Malaysia nak kat si XXX (aku) paling cuma janda tua kali, oh memang kena jawab dengan mentua aku.

"Iya emang janda lima anaknya daripada kamu dapat menantu hamil duluan (mengandung dulu baru nikah)," kongsinya.

Dalam pada itu, wanita terbabit menjelaskan bahawa kesemua yang berlaku adalah dalam kalangan keluarga saudara-mara belah suaminya sahaja.

Bagi keluarga mentua dan ipar suaminya, semuanya sangat baik hati dan mesra satu sama lain tanpa sebarang konflik tercetus antara mereka.

Artikel Lain