suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar tiga beranak maut ditikam! Mayat ayah dalam kamar utama, ibu dan anak 14 tahun atas katil bilik sebelah

Pemeriksaan awal menemukan beberapa kesan tikaman pada tubuh mangsa. -Gambar hiasan

TRAGEDI berdarah menimpa sebuah keluarga apabila sepasang suami isteri bersama anak perempuan mereka yang baru berusia 14 tahun ditemukan maut dengan kesan tikaman di dalam rumah pada pagi Isnin.

Mayat si bapa ditemukan di dalam bilik utama, manakala isteri dan anak gadisnya pula berada di atas katil dalam sebuah bilik berasingan.

Penemuan menyayat hati kira-kira pukul 8.30 pagi Isnin itu berlaku di Kampung Purwa Jaya, daerah Banjar Margo, Tulang Bawang, Lampung, Indonesia.

Ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai Rahmat, 69, isterinya Hasanah, 56, dan anak mereka, Devny Kishela Putri.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tulang Bawang, Apfryyadi Pratama berkata, pemeriksaan di lokasi menemukan beberapa kesan tikaman pada tubuh mangsa.

Mayat ketiga-tiganya kemudian dibawa ke hospital untuk bedah siasat, sementara polis mengumpulkan bukti dan mengambil keterangan saksi.

Hasil siasatan awal dengan pantas membawa pihak polis kepada seorang suspek, yang rupa-rupanya merupakan adik kandung kepada Hasanah sendiri.

Namun, usaha mengesan suspek berakhir pada hari yang sama apabila lelaki terbabit maut ditembak ketika proses penahanan dijalankan di Jalan Lintas Timur, Lampung Timur.

Ia berikutan, suspek menyerang anggota polis menggunakan senjata tajam sehingga mengancam keselamatan mereka.

Susulan itu, senjata tajam dan motosikal yang digunakan suspek turut dirampas.

Polis turut menerima maklumat bahawa suspek mempunyai masalah kesihatan mental, namun menegaskan perkara itu perlu disahkan pakar perubatan.

Motif pembunuhan dan keseluruhan kronologi kejadian masih dalam siasatan. -Agensi

Artikel Lain