suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baling gelas ‘champagne’, tendang pengurus sendiri... Balu bekas Presiden Indonesia didenda akibat panas baran

Dewi Sukarno didapati bersalah menganiaya bekas pembantu dan pengurusnya.

BALU Presiden pertama Indonesia, Dewi Sukarno, 86, didenda 200,000 yen (kira-kira RM5,160) oleh Mahkamah Daerah Tokyo pada Selasa selepas didapati bersalah menganiaya bekas pembantu dan pengurusnya.

Hakim Toshikazu Ishida menegaskan bahawa tindakan membaling gelas champagne ke arah mangsa adalah berbahaya dan tiada alasan yang boleh meringankan kesalahan tersebut.

Dewi sebelum ini menafikan perbuatan itu, namun mahkamah mengesahkan insiden berkenaan berdasarkan bukti rakaman video yang diambil oleh bekas pengurusnya.

Berdasarkan penghakiman, Dewi membaling gelas ke arah pembantunya di sebuah restoran di Shibuya pada 13 Februari tahun lalu.

Manakala pada 28 Oktober tahun sama, dia memukul dan menendang pengurusnya di sebuah hospital haiwan.

Personaliti televisyen yang mesra dipanggil Madame Dewi di Jepun itu meluahkan rasa kesal atas perbuatannya sepanjang perbicaraan.

Menurut peguam belanya, Dewi turut menanggung kerugian kira-kira 90 juta yen akibat pembatalan pelbagai program televisyen susulan insiden berkenaan.

Untuk rekod, Dewi pernah mengetuai sebuah organisasi yang memperjuangkan kebajikan anjing dan kucing, serta merupakan salah seorang daripada wanita yang pernah berkahwin dengan Sukarno. -Agensi

Artikel Lain