SEORANG penumpang nyaris maut selepas terjatuh ketika cuba menaiki sebuah kereta api yang sedang bergerak pada Isnin.Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan menunjukkan tindakan pantas seorang anggota trafik, C. Surendra, yang menyelamatkan penumpang berkenaan. Penumpang dikenali sebagai Ravi Kumar sedang cuba menaiki kereta api yang sudah bergerak sebelum dia hilang imbangan dan terjatuh.Surendra yang menyedari kejadian itu segera bertindak dengan menarik kolar baju Ravi dan menjauhkannya daripada landasan serta bahaya kereta api.Kejadian dilapor berlaku di Stesen Kereta Api Anantapur, Andhra Pradesh di India.Beberapa anggota lain yang berada di platform turut bergegas membantu selepas menyedari kejadian berkenaan.Ravi berjaya diselamatkan dan hanya mengalami kecederaan ringan.Rakaman CCTV itu turut menunjukkan Ravi mengucapkan terima kasih kepada Surendra atas tindakan pantas anggota berkenaan.Tindakan pantas dan kepekaan Surendra dipercayai berjaya mengelakkan kejadian itu daripada berakhir dengan kemalangan lebih serius.-Agensi