SEORANG lelaki terkejut selepas mengetahui anak lelaki yang dibesarkannya selama bertahun-tahun bukan darah dagingnya, susulan komen saudara-mara dan rakan yang menyedari mereka tidak kelihatan seiras.Lelaki itu pada mulanya tidak pernah mempersoalkan status anak berkenaan kerana dia dilahirkan ketika perkahwinannya masih berlangsung. Namun, keraguan mula timbul selepas lelaki itu dan isterinya bercerai pada 4 Julai 2024, selepas hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga.Pasangan itu berkahwin pada 11 November 2015 dan anak lelaki berkenaan dilahirkan ketika mereka masih bergelar suami isteri.Selepas perceraian, beberapa saudara-mara dan rakan mula memberitahu lelaki itu bahawa wajahnya tidak begitu menyerupai anak berkenaan.Kejadian dilaporkan berlaku di Pingtung County di selatan Taiwan.Rasa curiga menyebabkan dia membawa anak tersebut menjalani ujian DNA di Kaohsiung Chang Gung Memorial Hospital.Keputusan ujian itu kemudian mengejutkannya apabila mendapati dia bukan bapa biologi kepada kanak-kanak berkenaan.Laporan ujian menunjukkan DNA mereka tidak sepadan pada tujuh penanda genetik.Lelaki itu kemudiannya membawa perkara berkenaan ke mahkamah bagi mendapatkan pengesahan secara undang-undang bahawa kanak-kanak tersebut bukan anak kandungnya.Kes itu kemudian dibicarakan di Mahkamah Daerah Pingtung.Dalam prosiding tersebut, bekas isterinya tidak mempertikaikan keputusan ujian DNA dan mengakui kanak-kanak berkenaan bukan anak biologi bekas suaminya.Bagaimanapun, wanita itu tidak mendedahkan identiti lelaki yang dipercayai merupakan bapa biologi kanak-kanak terbabit.Mahkamah akhirnya memihak kepada lelaki berkenaan dan mengesahkan kedudukannya, selain memerintahkan bekas isterinya serta kanak-kanak tersebut menanggung kos guaman kes.-Agensi