Perbuatan samun merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman berat mengikut peruntukan undang-undang. -Gambar hiasan
SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan selepas cuba menyamun rumah gurunya sendiri dan mencederakan mangsa menggunakan batang besi.Menurut polis, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 21 September lalu, mangsa diserang sebaik sahaja membuka pintu selepas terdengar bunyi ketukan. Menurut kakak mangsa, Nastiti, 31, adiknya mengalami kecederaan di kepala dan terpaksa menerima jahitan.Kejadian dilaporkan berlaku di Kajoran, Magelang, Indonesia.Suspek dipercayai sudah merancang untuk memecah masuk rumah gurunya dan identitinya dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta keterangan mangsa.Selepas memasuki rumah, suspek cuba mencari wang dan barang berharga, namun, mangsa cuba menghalangnya sebelum suspek panik lalu menyerangnya.Batang besi yang digunakan untuk mencungkil tingkap dan menyerang mangsa turut ditemukan di lokasi kejadian.Polis berkata motif kejadian dipercayai berpunca daripada masalah kewangan yang dihadapi suspek.Suspek ditahan pada 26 September lalu dan berdepan pertuduhan cubaan samun yang membawa hukuman sehingga sembilan tahun penjara jika sabit kesalahan. -Agensi