suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bengang tidur terganggu, pembantu rumah campak botol losyen ke arah ibu majikan

Kekasaran terhadap warga emas adalah perbuatan yang tidak beradab. -Gambar hiasan AI

SEORANG pembantu rumah dihukum penjara 16 minggu selepas mengaku mencampakkan botol losyen ke arah ibu majikannya yang terlantar kerana terganggu dengan bunyi yang dihasilkan wanita berkenaan.

Eka Yulianti Suryanto dijatuhi hukuman tersebut pada Kahmis selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan perbuatan terburu-buru serta satu pertuduhan mencuri.

Tertuduh berusia 44 tahun merupakan warga Indonesia sudah bekerja dengan majikannya selama 11 tahun ketika kejadian berlaku.

Dia turut berkongsi bilik dengan seorang lagi pembantu rumah dan wanita berusia 70 tahun itu yang menghidap penyakit Parkinson.

Keadaan tersebut menyebabkan wanita berkenaan kadangkala mengeluarkan bunyi secara tidak sengaja.

Eka dikatakan mula berang pada November 2025 kerana mendakwa bunyi berkenaan mengganggu tidurnya.

Apabila tidak tahan, dia beberapa kali mencampakkan barangan rumah seperti penyegar udara atau botol losyen ke arah warga emas itu.

Pada awal pagi 22 Januari 2026, Eka sekali lagi mencampakkan botol losyen dan terkena bibir wanita berkenaan.

Bagaimanapun, dia tidak memeriksa keadaan mangsa dan sebaliknya kembali tidur.

Kejadian dilaporkan berlaku di Singapura.

Keesokan paginya, seorang lagi pembantu rumah mendapati bibir wanita itu berdarah dan lebam ketika menukar lampinnya.

Apabila ditanya, Eka mengakui mencampakkan botol losyen tersebut kerana mendakwa wanita berkenaan bising.

Pembantu rumah berkenaan pada mulanya tidak memberitahu majikan kerana takut terhadap Eka.

Bagaimanapun, tiga hari kemudian, pada 25 Januari, dia menceritakan kejadian itu kepada majikannya ketika Eka keluar pada hari cutinya.

Siasatan turut mendapati Eka mencuri barang kemas dan baucar pasar raya milik majikannya pada beberapa kesempatan sepanjang 2025.

Antaranya termasuk dua barangan kemas emas yang digadaikan dan memperoleh S$2,880 (kira-kira RM9,000).

Eka mendakwa wang berkenaan dihantar pulang ke Indonesia bagi menyelesaikan masalah kewangan.

Setakat ini, tiada bayaran ganti rugi dibuat kepada majikannya.-Agensi

Artikel Lain