SEORANG penolong pengetua wanita maut manakala tiga individu cedera selepas dua beradik menyerang bekas sekolah mereka pada Khamis.Kejadian berlaku di Sekolah Menengah No. 13 di kawasan La Union, bandar Torreon, dalam negeri Coahuila di utara Mexico. Pendakwa raya negeri, Federico Fernandez berkata, suslan serangan yang berlaku, dua beradik berusia 18 tahun ditahan untuk siasatan lanjut."Siasatan awal menunjukkan dua individu yang dipercayai pelaku menyerang kakitangan pentadbiran."Seorang wanita yang merupakan penolong pengetua sekolah itu kehilangan nyawa," kata Fernandez kepada pemberita sambil menyifatkan kejadian tersebut sebagai serangan kejam.Sementara itu, Kabinet Keselamatan Persekutuan Mexico memaklumkan tiga individu yang cedera sedang menerima rawatan perubatan.Difahamkan, kedua-dua suspek merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan dan memasuki kawasan sekolah dengan membawa parang serta alat letupan buatan sendiri.Bagaimanapun pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan berhubung motif serangan tersebut. -Agensi