SEPASANG suami isteri tergamak menjual bayi lelaki mereka yang baru berusia sebulan untuk membeli dua telefon bimbit serta seutas rantai emas.Perkara itu terbongkar selepas wanita berkenaan membuat laporan polis pada 20 September kerana mendakwa dipukul suaminya. Ketika menjalankan siasatan, polis mendapati pasangan yang hidup bersama dan menyara kehidupan dengan melakukan kerja sambilan itu sebenarnya telah menjual anak mereka.Difahamkan, bapa bayi berkenaan juga mempunyai masalah ketagihan alkohol.Kejadian di laporkan berlaku di Maharashtra, India.Pasangan itu menjual bayi berkenaan kepada seorang orang tengah pada harga 120,000 rupee (kira-kira RM5,700).Wang tersebut kemudian digunakan untuk membeli dua telefon bimbit berharga 25,000 rupee (RM1,200) dan rantai emas bernilai 62,000 rupee (RM2,900).Siasatan mendapati bayi itu kemudiannya berpindah tangan beberapa kali dan harga jualannya meningkat.Orang tengah berkenaan menjual bayi tersebut kepada seorang wanita pada harga 270,000 rupee (RM12,800), sebelum wanita itu menjualnya pula kepada seorang lelaki pada harga 350,000 rupee (RM16,600).Lelaki itu kemudiannya menyerahkan bayi berkenaan kepada saudara maranya pada harga sama.Polis akhirnya berjaya mengesan bayi berkenaan di Hyderabad, lebih 550 kilometer dari kediaman asalnya di Maharashtra.Bayi itu diselamatkan sebelum dibawa pulang ke Maharashtra untuk diserahkan kepada pihak berkaitan.Seramai tujuh individu ditahan dan kes terhadap mereka telah dibuka.Polis turut merampas telefon bimbit serta rantai emas yang dibeli menggunakan wang hasil penjualan bayi tersebut.-Agensi