suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembelih, makan daging kambing mati mengejut... Empat individu positif antraks

Antraks merebak apabila seseorang terdedah kepada spora bakteria daripada haiwan yang dijangkiti atau produk haiwan tercemar seperti kulit, bulu atau daging. -Gambar hiasan AI

EMPAT individu disahkan positif antraks selepas mempunyai kontak dengan seekor kambing yang sakit sebelum mati secara mengejut.

Menurut Jabatan Kesihatan Gunungkidul, kes itu dikesan selepas beberapa penduduk di Dadapayu, Semanu, mendapatkan rawatan dan menunjukkan gejala klinikal antraks.

Ketua Jabatan Kesihatan Gunungkidul, Ismono berkata, tujuh individu yang mempunyai kontak dengan kambing berkenaan menjalani ujian PCR, dengan empat daripadanya disahkan positif.

Susulan kes berkenaan, jabatan kesihatan melakukan ujian saringan dan hasilnya, 47 individu dikenal pasti berisiko terdedah kepada antraks kerana mempunyai kontak dengan kambing berkenaan atau produk daripadanya.

Kejadian itu berlaku pada awal September lalu.

Dilaporkan, keempat-empat pesakit telah menerima rawatan dan dilaporkan semakin pulih, manakala kumpulan berisiko diberikan antibiotik pencegahan serta dipantau selama 60 hari.

"Kami turut memberikan pendidikan kepada masyarakat mengenai bahaya menyembelih, mengendalikan atau memakan haiwan yang sakit atau mati secara mengejut. 

"Selain itu, masyarakat juga perlu segera melaporkan sekiranya terdapat haiwan ternakan yang mati tanpa diketahui puncanya," kata Ismono. -Agensi

Artikel Lain