suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktivis anti rasuah ditahan polis, disyaki terlibat kegiatan perjudian tinju dalam talian

Atchariya menafikan tuduhan ke atasnya.

INDIVIDU yang lantang mengkritik rasuah dalam kalangan polis kini berdepan siasatan selepas ditahan berhubung kegiatan perjudian tinju dalam talian.

Aktivis antirasuah, Atchariya Ruangrattanapong bagaimanapun menafikan semua pertuduhan dan mendakwa kes terhadapnya direka.

Berdasarkan waran mahkamah yang dikeluarkan sehari sebelumnya, dia ditahan berhampiran stadium tinju Om Noi di Samut Sakhon pada 3 Oktober.

Menurut laporan Asia Gaming Brief, Atchariya berdepan pertuduhan berkaitan penipuan awam, pengubahan wang haram dan perjudian tinju secara elektronik.

Siasatan itu dikaitkan dengan rangkaian pertaruhan Muay Thai dalam talian yang didakwa mencatatkan aliran wang melebihi satu bilion baht.

Polis mendakwa terdapat 212 transaksi berjumlah lebih 40 juta baht yang menghubungkan tertuduh dengan akaun dalam siasatan tersebut.

Bagaimanapun, polis menjelaskan bahawa keseluruhan pergerakan wang dalam akaun yang diperiksa belum boleh dianggap sebagai hasil perjudian.

Tampil menolak tuduhan itu, Atchariya mendakwa transaksi berkenaan mempunyai penjelasan yang sah.

Dia turut mendakwa individu berpengaruh dalam polis mahu melihatnya dipenjarakan, namun tiada bukti bebas dikemukakan bagi mengesahkan dakwaan tersebut. -Agensi

Artikel Lain