SEORANG warga emas wanita ditahan polis selepas disyaki menendang perut seorang pekerja wanita berusia 22 tahun di sebuah pasar raya.Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang Sabtu ketika wanita berusia 79 tahun berkenaan sedang membeli-belah di pasar raya tersebut. Menurut polis, wanita itu terbabit pertikaian dengan pekerja berkenaan atas sebab yang masih disiasat sebelum dia bertindak menendang mangsa.Bagaimanapun, pekerja terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.Kejadian dilaporkan berlaku di Kushiro, Hokkaido di Jepun.Seorang lagi pekerja pasar raya kemudian menghubungi polis selepas mendapati seorang pelanggan bertindak ganas.Polis kini menyoal wanita terbabit serta beberapa pekerja pasar raya bagi mendapatkan gambaran lanjut mengenai punca dan keadaan yang membawa kepada kejadian berkenaan.-Agensi