PENYANYI remaja Ahmad Dayyan mengambil iktibar susulan salah faham yang timbul antara dia bersama Shiha Zikir sebelum ini.
Ahmad atau lebih mesra dengan sapaan Amad, 13, berkata mereka sudah saling bermaafan sekali gus berharap isu tersebut tidak diperbesarkan.
"Saya dah minta maaf, dan perkara itu sudah selesai saya harap tidak dijadikan isu lagi," katanya.

Video tular melibatkan Amad dan Shiha.
Dalam pada itu, ibunya, penyanyi Siti Saerah menjelaskan kejadian tersebut berlaku secara spontan ketika anaknya berada dalam sesi latihan persembahan bersama Shiha.
Jelas Saerah, Amad itu tidak melakukan sebarang kesalahan serius, sebaliknya hanya keterlanjuran ketika bergurau.
"Biasalah budak-budak ada sikap yang mungkin dia rasa guaruan, tapi perkara it bukan sangat serius. Tiada apa yang berlaku cuma perkara biasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang terkeluar suara ‘angsa’, Ahmad Dayyan takut dikecam
ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dayyan tak anggap diri lebih hebat daripada kakak... Pilih karier nyanyian berbanding takraw selepas viral
"Amad pun sudah minta maaf jadi rasanya sudah tiada masalah," ujarnya.
Saerah turut menafikan dakwaan kononnya insiden berkenaan sengaja dirancang sebagai gimik untuk menaikkan nama anaknya.
Katanya, video yang tular itu hanyalah teguran spontan yang berlaku antara seorang kakak dengan adik.
"Itu bukan gimik, saya pun tak menyangka jadi viral dan ia secara spontan sudah selesai situ.

Saerah pandang teguran dari sudut positif.
"Saya pula sibuk tak sempat tengok media sosial sangat rasanya semua itu okay. Kejadian itu macam kakak nasihat adik saja," luahnya.
Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan Shiha menasihat Amad agar batas dalam percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain tanpa disedari.
Ia susulan keterlanjuran Amad sendiri ketika dia sedang berbual dengan Shiha yang dianggap tidak menghomati orang lebih berusia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


