suria

Perjuangan Thariq Ridzuwan terus diuji, minggu akhir lebih mendebarkan… “Drama ini hampir sama dengan konflik yang ada dalam novel”

Watak Thariq diuji dengan pelbagai dugaan.

MEMASUKI minggu terakhir tayangan, drama Thariq Ridzuwan: His Treasure akan terus bermain dengan emosi penonton menerusi pelbagai kejutan yang tidak dijangka. 

Banyak persoalan yang selama ini bermain di fikirkan bakal terungkai dan menjadi pelengkap jalan cerita untuk karya arahan Eyra Rahman ini. 

Tidak hanya itu, setiap babak yang dilakonkan pastinya akan meninggalkan kesan mendalam buat penonton yang sudah mengikuti perjalanan kisah hidup Thariq Ridzuwan (lakonan Meerqeen) serta Husniya Radwa (lakonan Qasrina).

Perjalanan watak Thariq Ridzuwan bukanlah semudah yang disangka. 

Kisah cinta Thariq dan Radwa mengusik jiwa penonton. 

Figura sebagai seorang bapa diuji dengan pelbagai cabaran yang menuntut Thariq untuk berjuang demi menyelamatkan bayi tersebut. 

Malah satu insiden yang tidak sangka berlaku apabila Thea diculik sehingga mencetuskan situasi panik keluarga mereka. 

Lebih mendebarkan lagi, apabila muncul pula individu yang cuba mengancam nyawa Thariq dan motif sebenar tindakan itu menjadi tanda tanya kerana individu berkenaan adalah orang terdekat. 

Menambahkan lagi kekalutan perjalanan Thariq apabila watak Rozita dan Raudhah mula merancang sesuatu untuk kepentingan diri mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN: Minggu akhir ‘Mandul Bukan Pilihan’ trending, penonton tak sabar nantikan pengakhiran Billa, Aldi dan Farah 

ARTIKEL BERKAITAN: Ketegangan mula memuncak, ‘Mandul Bukan Pilihan’ sarat dengan plot twist… “Rasa nak campak remote TV, penat jantung aku minggu ini”

Semua masalah ini bagaikan jatuh di bahu Thariq serta menjadi tanggungjawab dia untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. 

Namun adakah apa yang berlaku ini ada kaitan dengan kisah silam serta rahsia hidup Husniya Radwa (lakonan Qasrina)? 

Setiap tindakan Thariq akan merungkai satu persatu persoalan sebelum dia mendapat kebahagiaan sebenar. 

Thariq Riqzuwan: His Treasure penuh emosi. 

Sejak drama ini mula menemui penonton 23 Julai lalu, rata-rata penonton begitu teruja dengan kesinambungan drama adaptasi novel popular itu yang dikatakan penuh debaran.

“Saya tengok daripada episod awal sampai sekarang macam roller coaster plot twist. Ada romantik, sedih, marah. 

“Drama ini hampir sama dengan konflik yang ada dalam novel. Enjoy saja,” tulis beberapa pengikut. 

Thariq Ridzuwan: His Treasure boleh disaksikan pada setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Astro Ria, serta secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain