DRAMA bersiri yang kini mendominasi slot MegaDrama di Astro Ria,, Mandul Bukan Pilihan semakin mencengkam emosi penonton dengan konflik penuh kejutan, pengkhianatan dan dendam membara.
Menerusi episod terbaharu minggu ini, penonton dikejutkan dengan pendedahan Farah (lakonan Ayda Jebat) bukan anak kandung Murshidi.
Menyedari status bukan darah daging Murshidi, Farah mula dibelenggu rasa takut dan marah serta menganggap kedudukannya sebagai anak dalam keluarga itu mula tergugat.

Farah (kanan) tergugat dengan status dirinya selepas kebenaran terbongkar.
Terdesak ingin mempertahankan kedudukan dalam keluarga Murshidi, Farah mula menyimpan dendam terhadap Latifah, bekas kekasih Murshidi yang kini muncul semula dalam kehidupan mereka.
Lebih mengejutkan, Farah mula merancang satu perancangan jahat untuk mengancam nyawa Latifah kerana bimbang status dirinya sebagai 'anak' Murshidi bakal didedahkan sepenuhnya.
Sementara itu, ketegangan yang semakin memuncak ini telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai termasuk penonton sudah tidak sabar untuk menantikan episod seterusnya.
"Drama ini banyak plot twist ya rasa nak campak remote TV bila babak geram tu. Penat jantung aku minggu ni.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hun Haqeem tak malu buat ujian kesuburan, seru lelaki buang stereotaip hanya wanita ada masalah mandul
ARTIKEL BERKAITAN: Macam-macam boleh tengok termasuklah sukan dan drama Melayu... Muat turun je aplikasi Sooka
"Tengok drama Mandul Bukan Pilihan ini emosinya betul-betul sampai. Babak menangis rasa nangis sama.
"Memang habislah Farah dengan Dr Elhan ni, tak sabar nak tengok episod esok," tulis netizen.
Mandul Bukan Pilihan mengisahkan tentang konflik rumah tangga pasangan suami isteri, Aldi (Hun Haqeem) dan Billa (Mira Filzah) yang berdepan ujian apabila Billa disahkan sukar hamil.

Hubungan Adli dan Billa semakin diuji dengan kehadiran Farah
Desakan keluarga, tekanan masyarakat dan campur tangan pihak ketiga mula menguji keutuhan hubungan mereka.
Dalam masa sama, Farah (Ayda Jebat) muncul sebagai 'bayang hitam' dalam hidup mereka kerana berperanan sebagai individu manipulatif yang penuh rahsia dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kepentingan diri.
Ditayangkan sejak 14 Julai lalu, peminat boleh menonton drama Mandul Bukan Pilihan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan platform penstriman Astro GO serta sooka.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


