PELAKON terkenal, Soffi Jikan akan dipindahkan ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor bagi mendapatkan rawatan lanjut berkaitan masalah jantung yang sedang dihadapinya.
Menurut Soffi atau nama sebenarnya Mohammad Shoffi Jikan, 54, dia sebelum ini menerima rawatan untuk jangkitan kuman pada hati, namun kini berdepan pula dengan isu yang lebih serius melibatkan jantung.
"Jangkitan kuman pada hati sudah selesai, sekarang ada masalah jantung pula dan ia lebih rumit.

Soffi kerap berkongsi keadaannya di TikTok.
"Saya susah nak terangkan sebab bimbang tersalah info. Apa yang penting, saya akan dipindahkan ke Hospital Serdang selepas ini," katanya ringkas ketika dihubungi mStar.
Soffi turut memaklumkan dia kini dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kesakitan pada jantungnya setakat ini.
“Rawatan di sana (Hospital Serdang) masih dalam perbincangan, tapi setakat ini Alhamdulillah, saya tidak rasa sakit,” tambahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Soffi Jikan dirawat di hospital, disyaki ada jangkitan kuman pada hati
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Soffi Jikan dedah ada isu belum selesai antara Aaron Aziz dan Syamsul... Harap mereka bersemuka selesai sengketa
Difahamkan, Soffi telah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh sejak dua minggu lalu selepas mengalami jangkitan kuman pada hati.
Sebelum itu, dia turut dimasukkan ke hospital yang sama akibat dijangkiti kencing tikus dan demam denggi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


