suria

“Saya nak jaga mata tapi tak boleh, jadi block akaun suami”…. Ramai kaum isteri ‘tak tahan’ tengok foto sado Zul Ariffin

Foto Zul tayang badan jadi bualan netizen.

GARA-GARA memuat naik foto tanpa berbaju di Instagram, pelakon popular Zul Ariffin mencuri perhatian apabila penampilannya membuat ramai wanita termasuk golongan isteri ‘tergoda’.

Malah, seorang wanita secara terbuka mendakwa berasa ‘tergugat’ melihat perkongsian itu hingga mengambil keputusan untuk tidak lagi mengikuti akaun Instagram aktor berusia 39 tahun itu.

“Aku ini wanita yang sudah berkahwin. Sudah dua hari berturut-turut gambar Zul tak berbaju naik di timeline.

Zul tayang tubuh sasa dan badan tegap.

“Kalau aku tekan like, aku takut dianggap red flag. Terpaksa unfollow sebab risau kalau suami aku nampak,” katanya.

Perkongsian itu turut menerima sokongan pengikut wanita lain yang rata-rata bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Malah, ada yang berseloroh mengaku seakan ‘menderhakai’ suami kerana terlalu asyik menatap foto Zul.

ARTIKEL BERKAITAN: Segar mata netizen lihat badan sasa Zul Ariffin, ramai wanita ‘cuba nasib’

ARTIKEL BERKAITAN: Tahun depan umur dah masuk 40 tahun, Zul Ariffin nak berubah tinggalkan banyak perkara

Lebih mencuit hati, segelintir isteri sanggup menyekat akaun suami mereka di media sosial semata-mata mahu menikmati gambar pelakon filem Sangkar itu tanpa rasa bersalah.

"Saya nak jaga mata saya tapi tak boleh jadi  block suami!

"Tengok sekali saja untuk kepuasan, tengok banyak kali jadi dosa.

"Iman bertaburan sebab foto dia, dahlah suami kita jauh beza dengan Zul," antara komen netizen.

Terdahulu Zul  memuat naik foto tidak berbaju yang memperlihat badannya yang sasa dan berotot di media sosial hingga menjadi bualan netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia