ANAK sulung kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan semakin mendapat perhatian ramai di media sosial sehingga dibanjiri puluhan tawaran untuk membuat reviu berbayar.
Kata Ammar, 17, meskipun banyak pihak tampil menawarkan peluang kerjasama, namun dia tetap selektif dan hanya memilih beberapa tawaran yang sudah ditapis bapanya.
Apa yang mengejutkan, Ammar memberitahu bayaran untuk satu hantaran di media sosial mencecah sehingga RM10,000, bergantung kepada jenis produk.

Ammar terima puluhan tawaran buat reviu.
“Banyak yang cari saya untuk buat reviu… ada berpuluh tawaran saya dapat, tapi abah cuma bagi saya ambil beberapa saja.
“Saya tak ambil tawaran yang terlalu rendah kerana ikut apa yang abah pilih.
“Cuma satu hantaran ada yang dekat RM10,000. Tapi ada juga yang terlepas bayar rendah pada saya,” katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk bantu ibu bapa promosi jualan, Ammar Ahyan kena raba
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Aliff Syukri mengaku terpaksa ‘live’ jual produk, Ammar Ahyan takut kena marah
Dalam pada itu, Ammar juga sempat berkongsi pengalaman pertamanya membuat reviu makanan.
Katanya, dia hanya akan promosikan sesuatu produk jika benar-benar berpuas hati.
“Reviu pertama saya fasal makanan. Makanan tu sedap, jadi saya teruskan.

Reviu pertama Ammar adalah produk makanan.
"Tapi kalau sebaliknya, saya akan pulangkan duit dan cakap tak nak buat reviu,” jelasnya.
Bagaimanapun, Ammar menjelaskan peluang yang diterima bukan menjadi keutamaan kerana ingin membantu bapanya dalam mengembangkan lagi empayar perniagaan mereka.
“Buat reviu ini bukan keutamaan saya. Apa yang paling utama adalah bantu abah bangunkan syarikat dia lagi,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


