suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahun depan umur dah masuk 40 tahun, Zul Ariffin nak berubah tinggalkan banyak perkara

MENGANGGAP usia 40 tahun merupakan fasa kritikal baginya, pelakon Zul Ariffin berazam untuk melakukan banyak perubahan dan membuang segala tabiat buruk sebelum ini. 

Zul atau Zulkifli Ariffin, 39, bagaimanapun enggan mendedahkan perubahan yang akan dilakukannya kerana mahu orang luar membuat penilaian sendiri.

“Banyak perubahan saya nak lakukan dalam hidup sebelum masuk 40 tahun, tahun ini paling kritikal bagi saya. Jadi, banyak benda kena ‘cut down’ (buang). Itu janji pada diri sendiri.

“Saya tak mahu orang cakap usia sudah 40 tahun tapi perangai tak berubah juga. Saya tak mahu jadi benda itu,” katanya kepada mStar. 

Dalam masa sama, Zul juga memaklumkan yang sehingga hari ini dia masih belum mempunyai sebarang jawapan tepat berkenaan bila bakal menamatkan zaman bujangnya. 

“Alhamdulillah ramai juga rakan seperjuangan sudah berkahwin, saya tumpang gembira. Sebenarnya saya juga tak mahu beri jawapan yang boleh menggores hati mana-mana pihak.

“Kalau pihak media tanya pun (tentang kahwin), orang cakap saya ‘sembang’ tapi memang masih tiada jawapan yang tepat sehingga hari ini,” ujarnya. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi