suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak tak halang Linda Hashim tuntut cerai, tahu masalah rumah tangga yang berlaku

PELAKON Linda Hashim mendedahkan anak sulung iaitu Jelita Clarissa mengetahui hasratnya untuk memfailkan cerai terhadap suami, Beego.

Kata Linda, 41, anaknya itu yang kini berusia 11 tahun memberikan sokongan penuh terhadap apa jua tindakan yang ingin dilakukan.

"Jelita ada tanya bila saya nak bercerai? Saya tak cakap apa-apa, tetapi mungkin ada rakan-rakannya beritahu yang saya pergi ke mahkamah. Mungkin mereka membaca berita.

"Saya minta maaf dan katakan yang saya ada masalah. Tetapi, Jelita tak menghalang. Dia cakap tak mengapa, buat sahaja apa yang terbaik, janji saya gembira,” katanya sambil menahan sebak.

Linda berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus prosiding cerai dia dan Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi