SELEPAS melalui episod duka dalam rumah tangga bersama bekas suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin, penyanyi Zehra Zambri kini membuka lembaran baharu dalam kehidupannya.
Zehra, 38, berkata dia sedang merancang masa depan yang lebih baik dan produktif selepas sah bercerai talak satu pada Rabu lalu.
Malah, Zehra turut menyuarakan hasrat untuk kembali aktif dalam dunia seni yang sudah sebati dengan jiwanya sejak sekian lama.

Zehra dan Mohd Iqwan sah bercerai Isnin lalu.
“Saya mungkin akan buat resume dan ‘apply’ kerja baru yang bersesuaian dengan kelayakan akademik saya.
"Saya nak sibukkan diri sebab kalau dah belajar sampai ke peringkat sarjana, kalau tak digunakan memang rugi.
“Banyak yang saya nak teroka selepas ini. Insya-Allah saya akan aktif semula dalam dunia seni selepas ini,” katanya kepada mStar.
Bercerita lanjut, penyanyi itu juga terbuka untuk meneroka bidang lain yang berkait rapat dengan bidang seni dan kreativiti.
ARTIKEL BERKAITAN: Zehra Zambri sah bercerai talak satu dengan suami
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada maaf, tiada rujuk! Zehra Zambri sudah cukup derita… Kini fokus pada anak
“Saya nak teroka bidang-bidang lain tapi yang ada suntikan dunia seni sebab itu ‘passion’ saya.
"Kalau tak jadi penyanyi mungkin saya boleh jadi pegawai kebudayaan atau pensyarah sebab saya pun ada latar belakang dalam industri kreatif,” jelasnya.
Sementara itu, Zehra memberitahu tawaran menyanyi masih ada walaupun berdepan dengan episod perpisahan.
Penyanyi ini mengakui kes perceraian rumah tangganya itu sedikit sebanyak memberi impak terhadap beberapa perancangan kariernya yang terpaksa ditangguhkan.
Banyak yang saya dah rancang selepas GV (Gegar Vaganza) dulu tapi disebabkan isu ini, semuanya tertangguh.
ZEHRA ZAMBRI
PENYANYI
“Alhamdulillah, tawaran menyanyi masih ada. Insya-Allah saya akan ke Brunei untuk satu persembahan, kemudian ada beberapa lagi undangan lain.
“Banyak yang saya dah rancang selepas GV (Gegar Vaganza) tapi disebabkan isu ini semuanya tertangguh. Jadi selepas ini saya akan rencanakan semula.
"Kalau boleh saya nak jadikan dunia seni sebagai mata pencarian saya,” ujarnya.

Fokus Zehra sekarang adalah untuk besarkan anaknya.
Pada Isnin lalu, Zehra dan Mohd Iqwan disahkan bercerai talak satu melalui talak raj’ie di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain.
Sebelum ini, Zehra memfailkan permohonan cerai secara ‘fast track’ pada 7 Mac lalu selepas mendakwa berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.
Zehra juga pernah berkahwin buat kali pertama dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun perkahwinan itu hanya bertahan selama enam bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


