suria

Ramai DM minta lagu, Helen Yap pilih ikut kesesuaian... Terpikat dengan vokal Nadeera

Helen seronok lihat bakat baharu yang hebat.

KOMPOSER dan penerbit terkenal, Helen Yap memberitahu dia sering menerima mesej peribadi (DM) daripada penyanyi baharu yang teringin membawakan lagu ciptaannya.

Bagaimanapun Helen berkata, dia sangat teliti dalam memilih penyanyi yang sesuai dengan karya ciptaannya kerana tidak boleh diserahkan dengan mudah. 

"Ramai yang DM di Instagram nak lagu, tapi kadang-kadang karya saya tak sesuai dengan cara nyanyian mereka. Saya tengok dulu sebelum setuju," katanya kepada mStar.

Helen kongsi mengenai perkembangan seninya.

Helen berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Showcase Inspirasi 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Walaupun sibuk dengan urusan peribadi, Helen mengakui dia tidak pernah menolak untuk bekerjasama dengan wajah baharu industri, malah menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dengan beberapa nama berbakat.

Pun begitu, sehingga kini dia belum sempat menyuarakan keinginannya itu kerana sibuk dengan komitmen lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak lagu ‘Gen Z’ gagal ke AJL39, tiada daya saing tinggi punca terkandas

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan Insan Seni Selepas BN Kembali Memerintah

"Saya minat vokal dan sebutan Nadeera, sangat jelas dan sedap didengar. Ramai penyanyi muda yang bagus seperti Aisha Retno. Tapi Nadeera ada sesuatu yang buat saya nak 'tangkap' dia nyanyi lagu saya satu hari nanti," katanya lagi.

Dalam masa sama, Helen turut menyentuh mengenai fenomena penciptaan lagu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin mendapat tempat, khususnya dalam kalangan penyanyi baharu.

Jelasnya, walaupun tidak berasa terancam, dia kecewa apabila ada yang lebih memilih teknologi berbanding menghargai keringat komposer sebenar.

Helen bersama rakan-rakan komposer lain.

"Tak rasa tergugat pun, macam Hael Husaini banyak lagu dia bagus. Tapi ada yang curi-curi guna AI untuk cipta lagu itu sangat tak bagus. 

"Banyak kes, lagu-lagu sebegitu tak boleh naik Spotify sebab ada sistem yang boleh kesan penggunaan AI. Tapi masih ada yang buat secara diam-diam," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain