suria

Artis popular bakal berhimpun layan peminat bertuah sempena 'Ulang Tahun mStar-Suria 2018' di Sunway Lagoon Ahad ini

Antara barisan selebriti yang bakal memeriahkan ulang tahun mStar ke-20 dan Suria FM ke-18.

KEMUNCAK sambutan ulang tahun mStar ke-20 dan Suria FM ke-18 yang bakal berlangsung di taman tema Sunway Lagoon pada Ahad ini akan dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebriti popular sebagai tanda sokongan kepada dua produk hiburan popular itu.

Antara penyanyi yang bakal menghiburkan peminat pada acara itu ialah Nabila Razali, Bella Astillah, Wany Hasrita, Ara Johari, Sharul Kamal dan Aiman Tino. 

Selain itu, Nadia Brian, Rezza Shah, Badron Munirah, Marc Syahmie, Najmi Niery, Muaz Zabir dan Qireen Din akan hadir bagi menghangatkan lagi suasana. 

Najmi (kiri) dan Rezza antara selebriti yang bakal turun padang pada acara ini. 

Menariknya, barisan selebriti terlibat akan bersama-sama dengan peserta bertuah dari mStar dan Suria FM dalam pelbagai aktiviti serta cabaran yang disediakan. 

Menurut Ketua Pengarang Berita mStar, Niezam Abdullah, sambutan kali ini bukan sahaja simbolik perjalanan panjang dua produk bawah Star Media Group ini, tetapi hadiah penghargaan buat pembaca dan pendengar.

ARTIKEL BERKAITAN: mStar dan Suria bergabung raikan ulang tahun di Sunway Lagoon… 200 peminat dijemput percuma!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cabaran lawan boling permulaan ulang tahun mStar, Suria… Lebih meriah artis jadi pemain import

“Momen sebegini penting kerana setiap kejayaan yang kami peroleh adalah hasil sokongan pembaca. Kami mahu rapatkan hubungan itu dan saya percaya kehadiran selebriti yang hadir bakal menghangatkan lagi acara ini,” katanya.

Seramai 200 peminat bertuah dipilih untuk menyertai program ini selepas berjaya dalam kuiz kreatif di media sosial mStar serta segmen panggilan di Suria FM.

Selain aktiviti santai, pemenang turut berpeluang mengenali pasukan editorial mStar dan melihat bagaimana platform itu menghasilkan kandungan berita, hiburan, gaya hidup dan viral setiap hari.

Sunway Lagoon bakal menjadi lokasi sambutan ulang tahun mStar ke-20 dan Suria FM ke-18.

Sunway Lagoon bakal menjadi lokasi sambutan ulang tahun mStar ke-20 dan Suria FM ke-18.

Sambutan ulang tahun ini di Sunway Lagoon ini merupakan acara kemuncak selepas beberapa aktiviti yang diadakan sebelum ini. 

Pada Oktober lalu, mStar dan Suria FM menganjurkan pertandingan boling dan pickleball sebagai pembuka tirai sambutan ulang tahun.

Acara  bersama peminat ini sudah beberapa kali dianjurkan seperti acara 'mStar Belanje' yang diadakan di restoran NZ Curry House, Wangsa Maju tahun lalu sempena memeriahkan perlawanan final Euro 2024 .

Pada Oktober 2024 pula, portal ini mengadakan acara mStar Birthday Splash bagi meraikan ulang tahun ke-19 penerbitannya di taman tema yang sama.

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia