suria

“Saya dan kakak masih belajar, jadi kami tiada pendapatan” - Anak Dharma Harun mohon beri masa selesai hutang arwah

Syafiq mohon doa urusan arwah bapa dipermudahkan.

MENGAMBIL tanggungjawab sebagai waris, anak lelaki kepada pelakon Allahyarham Dharma Harun berharap segala urusan bapanya di dunia termasuk hal berkaitan hutang dapat diselesaikan.

Berjanji akan melangsaikan segala yang tertangguh, Syafiq atau Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, bagaimanapun meminta agar diberi masa untuk berbuat demikian.

Menurutnya, dia kini masih dalam tempoh pengajian dan belum mempunyai pendapatan tetap untuk membuat bayaran sekiranya arwah ada berhutang dengan mana-mana pihak.

Dharma meninggal dunia di kediamannya pada 25 November. 

"Arwah seorang yang baik, segala duit adalah untuk membesarkan dan membantu pembelajaran kami.

"Saya dan kakak masih belajar, maka kami tiada pendapatan. Jika tidak dapat dihalalkan, maka minta alihkan hutang kepada saya.

"Insya-Allah, habis belajar saya cuba selesaikan demi ketenteraman roh arwah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jenazah Allahyarham Dharma Harun selamat dikebumikan… Rakan selebriti hadir beri penghormatan terakhir  

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya terkedu dan menggigil” - Anak Allahyarham Dharma Harun terkejut, kongsi detik akhir

Syafiq berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Syafiq dalam masa sama turut memohon doa ramai agar ketenangan arwah bapanya yang meninggal dunia pada 25 November lalu.

"Minta ihsan tuan dan puan bantu saya. Ayah telah banyak sengsara pada sisa-sisa hidupnya. Sebagai anak yang bertanggungjawab, saya sangat berharap agar dihalalkan supaya roh bapa tenteram dan dipermudahkan urusan di alam sana," luahnya.

Syafiq ketika menguruskan pengebumian bapanya.

Allahyarham Dharma Harun atau Mohamad Azman Harun Arashid meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur ketika usia 68 tahun.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves pada Rabu.

Selain Syafiq, Allahyarham meninggalkan seorang lagi anak iaitu Siti Qurratu Aini, 37.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain