suria

Terjatuh dari kerusi diseret penari, netizen minta Madonna bersara

Madonna terjatuh dari kerusi sewaktu menyanyikan lagu Open Your Heart.

PENYANYI terkenal Madonna terpaksa menahan malu apabila terjatuh daripada kerusi yang diseret salah seorang penari latarnya.

Madonna, 65, terjatuh di hadapan puluhan ribu penonton semasa mengadakan konsert jelajah Celebration di Seattle's Climate Pledge Arena, Amerika Syarikat.

Pemenang anugerah Grammy itu sepatutnya diseret ke bahagian utama pentas namun kasut tumit tinggi dipakai Madonna menyebabkan dia tergelincir sebelum terjatuh.

size NP 1 (26)

Walaupun terjatuh, Madonna tetap meneruskan persembahannya.

Aksi itu adalah sebahagian daripada koreografi untuk lagu Open Your Heart.

Terdiam seketika selepas jatuh, Madonna kemudiannya dilihat memusingkan badan ke arah penonton sebelum tertawa kecil dan cuba meneruskan persembahan.

Bagaimanapun kejadian itu membuatkan Madonna terlupas lirik lagu berkenaan sebelum kembali berdiri dan menghabiskan lagu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Madonna sidai peminat 3 jam, selamba cium kekasih muda sejurus muncul di atas pentas

ARTIKEL BERKAITAN: Perasaan insecure punca Madonna jatuh sakit, tetap mahu bersaing dengan penyanyi lebih muda

Rakaman kejadian itu sempat dirakam peminat yang memuat naik insiden itu di TikTok dan mendapat jutaan tontonan.

Ramai bimbang dengan keadaan penyanyi lagu Vogue itu memandangkan usianya sudah lanjut namun ada juga menyifatkan Madonna sebagai profesional.

"Dia seorang profesional. Jelas kejadian itu tidak membuatkan dia patah semangat dan meneruskan persembahan seperti biasa.

size NP 1 (25)

Madonna masih aktif menyanyi meskipun sudah berusia 65 tahun.

"Ada sebab mengapa dia digelar ratu dunia muzik," komen peminat.

Bagaimanapun ada pula meminta Madonna agar bersara sebagai penghibur dan kejadian itu membuktikan staminanya sudah tidak seperti zaman kegemilangannya.

Pada Jun tahun lalu, Madonna ditidurkan bagi membantunya melawan jangkitan kuman dihadapinya.

Disebabkan perkara itu, penyanyi itu menangguhkan semua konsert jelajahnya sepanjang tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain