suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Madonna sidai peminat 3 jam, selamba cium kekasih muda sejurus muncul di atas pentas

Aksi mesra Madonna dan teman lelaki ketika muncul di atas pentas.

PENYANYI Madonna menyebabkan peminat berasa bengang apabila terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum konsert dimulakan.

Page Six melaporkan persembahan tersebut sepatutnya berlangsung pada pukul 8.30 malam di New York, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun penyanyi berusia 65 tahun itu hanya memulakan persembahan sekitar pukul 11 malam.

md 2

Madonna gembira ditemani teman lelaki di atas pentas.

Lebih membuatkan peminat bertambah geram apabila Madonna muncul di atas pentas ditemani kekasihnya, Josh Popper.

Malah petinju berusia 29 tahun itu hanya tersenyum apabila duduk di sisi Madonna sepanjang konsert berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Madonna taksub dengan seks pada usia 64 tahun, tak berminat kahwin lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Perasaan insecure punca Madonna jatuh sakit, tetap mahu bersaing dengan penyanyi lebih muda

Madonna juga tanpa ragu-ragu mencium Josh ketika ribuah mata memandang mereka.

Tindakan itu membuatkan penonton lupa penyanyi lagu Virgin itu membuat mereka menunggu selama tiga jam.

Sumber bagaimanapun menjelaskan konsert tersebut tergendala disebabkan berlaku masalah teknikal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain