suria

Keluar kata kesat terhadap peminat, Kim Ji Wong didesak tinggalkan Zerobaseone

Ji Woong teruk berdepan kecaman peminat.

PENYANYI Kim Ji Woong didesak untuk keluar daripada kumpulan Zerobaseone susulan dakwaan dia meninggalkan kata-kata kesat terhadap peminat.

Ketika mereka membuat persembahan di Henteo Music Awards baru-baru ini, seorang peminat menjerit agar keahlian Ji Woong digugurkan.

Jeritan turut disahut oleh ramai peminat lain yang bersetuju dan tidak berpuas hati terhadap Ji Woong.

ji woong 2

Peminat Zerobaseone tidak berpuas hati dengan Ji Woong.

"Tinggalkan kumpulan ini!" jerit peminat kumpulan tersebut pada acara berkenaan.

Nama Ji Woong sebelum ini menjadi bualan ramai selepas dia dikatakan secara spontan mengeluarkan kata-kata kesat ketika tampil sebagai tetamu dalam sebuah program bual bicara.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal guna perkataan berbaur perkauman, Hyolyn tampil mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Usia Uhm Jung Hwa sudah cecah 54 tahun, tiada keinginan mendirikan rumah tangga

Menerusi rakaman yang tersebar, Ji Woong didakwa melakukan perkara itu selepas dia tamat menjawab panggilan telefon seorang peminat.

Menjelaskan kejadian sebenar, pihak pengurusan Zerobaseone iaitu Wakeone Entertainment menafikan dakwaan yang dibuat dan menegaskan video yang tular itu adalah tidak benar.

Sebaliknya Ji Woong ketika itu mengucapkan 'terima kasih' namun terdapat satu rakaman berbeza kedengaran seakan-akan dia mencarut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain