suria

Evanescence Bakal Gegarkan KL Live

Evanescence
Evanescence
Evanescence

PETALING JAYA: Kumpulan band popular, Evanascence akan muncul di pentas Kl Live, Kuala Lumpur pada 23 Februari ini bersempena dengan kemunculan album terbaru dengan menggunakan judul album kumpulan itu, Evanescence.

Di bawah penganjuran JS Concert Productions, kumpulan yang ditubuhkan pada 1995 oleh vokalisnya, Amy Lee dan gitaris Bee Moody itu akan membuatkan para peminat tidak sabar dengan persembahan mereka lebih-lebih lagi ingin melihat kemunculan barisan ahli yang baru.

Bagi yang ingin melihat kehebatan kumpulan ini, tiket konsert boleh didapati menerusi beberapa outlet seperti Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve: Victoria Music Centre dan The Guitar Store.

Harga tiket bermula daripada RM98 (tempat duduk bebas), RM198 (JS Zone) dan Rm298 (Rock Zone).

Untuk pertanyaan mengenai tiket, hubungi talian hotline Ticketpro : 03-78807999 atau dapatkan secara online di www.ticketpro.com.my

Tiket telah mula dijual pada 21 Disember yang lepas, dimana pembeli terawal telah diberikan diskaun harga sebanyak 20 peratus.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Evanescence Live In Malaysia, layari laman www.jsconcert.com dan https://www.facebook.com/jsconcertproductions.

Artikel Berikut

Artikel Lain