suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diana Danielle Tidak Kawal Tabiat Makan

Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle

PETALING JAYA: Pelakon jelita, Diana Danielle Danny Beeson, 21, mengakui tidak akan menjaga tabiat pemakanan selepas tamatnya sesebuah penggambaran filem.

Diana berkata, menikmati makanan merupakan salah satu perkara kesukaannya memandangkan setiap kali menerima tawaran berlakon, dia terpaksa berdiet mengikut watak yang diinginkan selain perlu kekal cerdas ketika di lokasi penggambaran.

"Saya hanya mengawal makan dan minum apabila ada projek baru sahaja dan akan 'lepas tangan' apabila selesai dengan kerja berkenaan.

"Saya seorang penggemar makanan. I'm American!" selorohnya.

Bagaimanapun, tambah kekasih kepada pelakon Farid Kamil ini, menikmati apa saja makanan bukanlah satu kredit untuk dirinya tetapi dia akan melakukan senaman pada masa terluang.

"Selain itu saya turut amalkan pengambilan makanan tambahan untuk kekal cerdas setiap hari dan mempunyai tidur yang cukup kerana ia dapat membantu diri lebih segar dan tidak mudah jatuh sakit.

"Beberapa hari sebelum penggambaran pula, saya kembali kepada penjagaan makanan secara sihat dan yang penting sekali, pengambilan air suam perlu diambil dengan kerap.

Sementara itu, Diana juga mempunyai hobi dengan melawat kaum etnik Orang Asli di beberapa lokasi tertentu.

Diana memberitahu, kerana kekagumannya mengenai keunikan kaum itu, dia menyimpan impian untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai kehidupan Orang Asli.

"Saya berharap sangat untuk menghasilkan sebuah dokumentari tentang mereka dan setakat ini saya sedang menyiapkan sebuah cadangan selain membuat beberapa kajian lain," ujarnya ringkas.

Artikel Berikut

Artikel Lain