PENYANYI Fiza Thomas mendedahkan pelakon Aliff Aziz pernah berkongsi mengenai komen netizen yang tidak bersetuju dengan pemilihannya sebagai pemegang watak Sultan Mansur Shah dalam pementasan teater muzikal Mansur & Liu.Fiza atau Nur Hafizah Longkip Thomas, 33, berkata terdapat segelintir netizen menyuarakan hasrat untuk memboikot Aliff susulan pemilihannya membawakan watak berkenaan. Kata Fiza, Aliff tidak mahu mengambil pusing dengan kritikan yang diterimanya, malah menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang tidak perlu dilayan.Fiza menasihati Aliff untuk tidak mengendahkan komen negatif."Kadangkala kami ada juga bergurau apabila dia (Aliff) tunjuk mengenai hal ini (komen netizen) sambil memberitahu komen-komen netizen yang ditujukan kepadanya kami hanya ketawa."Saya ada minta dia untuk tidak ambil kisah dan Aliff beritahu dia juga tidak melayan, katanya keadaannya baik-baik saja."Jadi, dia okay saja tetapi mungkin itu secara luaran. Dalaman seseorang kita tidak tahu termasuk keadaan mentalnya," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia pelakon kedua paling tampan di Malaysia” - M. Nasir dedah sebab pilih Aliff Aziz terajui ‘Mansur & Liu’ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Datuk M. Nasir hanya bergurau“ - Aliff Aziz ulas gelaran aktor kedua terkacak, rezeki pertama kali buat teaterDalam pada itu, Fiza mengakui dia kurang bersetuju dengan budaya boikot kerana menganggap setiap individu mempunyai hak untuk membuat pilihan."Saya tak gemarlah trend boikot-memboikot dan bukan jenis akan balas jika orang buat benda tidak baik kepada saya."Namun, semua orang ada pilihan tetapi kalau boleh teruskan buat baik dengan individu lain," ujarnya. Kadangkala kami ada juga bergurau apabila dia (Aliff) tunjuk mengenai hal ini (komen netizen). FIZA THOMASPENYANYIBerkongsi mengenai pengalamannya bekerjasama dengan Aliff, Fiza melihat kesungguhan pelakon itu untuk mendalami dunia teater muzikalMenurut Fiza, Aliff banyak bertanya mengenai teknik serta cara untuk menjadi pelakon teater muzikal, sekali gus membuktikan kesungguhannya untuk belajar dan memperbaiki diri."Saya sudah bertemu dan berlatih dengannya selama 25 hari dan dia banyak bertanya bagaimana cara untuk menjadi pelakon teater muzikal. Saya tak mengikuti cerita sensasi dia tetapi saya melihat Aliff sebagai individu yang memang nak belajar. Fiza tidak bersetuju dengan budaya boikot dalam industri hiburan."Berilah peluang kerana dia hebat. Sepanjang 25 hari berlatih, dia bertanya banyak soalan sedangkan dia memang 'power' berlakon muzikal," katanya. Sebelum ini, pemilihan Aliff sebagai Sultan Mansur Shah dalam teater muzikal yang dipentaskan 10 hingga 20 September depan mengundang kecaman serta gesaan boikot.Bagaimanapun, pengarah teater, Datuk M Nasir berkata Aliff dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan menerusi sesi uji bakat dan bakal bergandingan dengan bakat baharu, Melinda Dadew sebagai Puteri Liu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube