suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salamiah Hassan kerja penyampai radio sebelum jadi penyanyi, seronok buat ‘show’ di fun fair

MENJELANG sambutan ulang tahun ke-20 mStar, portal ini mengimbau kembali kisah ‘throwback’ anak seni dan selebriti ketika mereka berusia 20 tahun.

Untuk episod kali ini, mStar menampilkan penyanyi senior iaitu Salamiah Hassan yang berkongsi pengalamannya ketika awal kemunculan sebagai seorang penyanyi pada usia muda.

Salamiah, 74, memulakan karier sebagai penyampai radio sebelum memulakan langkah bergelar penyanyi.

Malah, dia sanggup melepaskan kerjaya penyampai radio demi mengejar cita-cita sebagai seorang penyanyi.

“Masa usia 20 tahun dulu saya memasuki pertandingan Bakat TV dan ketika itu siaran televisyen hanya ada hitam putih saja, itu merupakan pengalaman pertama saya memasuki pertandingan nyanyian.

“Pelbagai pengalaman yang saya dapat ketika itu dan tidak rasa penat walaupun perlu naik bas selalu sebab tiada duit, masa masuk pertandingan tu tak fikir nak popular sebab lebih fikir minat menyanyi saja.

“Sebelum jadi artis saya pernah bekerja sebagai penyampai radio pada belah siang untuk siaran kanak-kanak kemudian malam menyanyi di kelab malam, ” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi