suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kamal Adli simpati nasib sekeluarga maut nahas LPT1, pernah berkunjung ke kafe milik mangsa

Kamal turut berduka atas kejadian yang berlaku.

PELAKON Kamal Adli meluahkan rasa simpati terhadap nasib mangsa nahas kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) pada malam Isnin.

Lebih menyedihkan buat Kamal, 40, apabila salah seorang mangsa yang terkorban merupakan pemilik kafe yang pernah dikunjunginya.

"Baru minggu lepas balik dari Kafe Secangkir milik arwah. Ya Allah, tempat mereka dengan orang-orang beriman," katanya dalam satu hantaran di Threads.

Perkongsian Kamal di Threads. 

Kamal dalam masa sama turut meluahkan rasa geram terhadap insiden yang berlaku sehingga mengorbankan nyawa.

"Lori nak mampus itu. Sampai sandwich kereta itu. Apa pun alasan pemandu, aku tak nak terima," tegasnya.

Dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di arah Lanchang menghala ke Kuantan, Pahang itu telah menyebabkan empat nyawa terkorban.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas ngeri LPT1, empat nyawa melayang kemalangan 11 kenderaan 

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli akui ‘diusik’ netizen hantar mesej melamar, belum terfikir kahwin baharu

Antaranya pasangan suami isteri, Muhammad Nazatullah Nazmi dan Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan serta anak mereka.

Pasangan berkenaan merupakan pemilik sebuah kafe popular di Kuantan, Pahang.

Kemalangan maut di LPT1 yang mengorbankan nyawa seorang pemilik kafe di Kuantan. 

Menerusi hantaran Kamal itu, seorang individu membalas di ruangan komen memberitahu mangsa merupakan kenalan rapatnya.

Individu berkenaan turut berkongsi keterujaan Atiqah Sofiya ketika menerima kunjungan Kamal di kafenya sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain