PENYANYI Jaclyn Victor memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung dakwaan layanan dua darjat mengenai foto kad pengenalannya yang tular.Sebaliknya, Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 48, sekadar meluahkan rasa gembira kerana urusan menggantikan dokumen itu sudah selesai. Jaclyn berkata, dia sendiri tidak memahami punca perkara itu menjadi isu sedangkan kehadirannya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanyalah atas urusan biasa selepas kehilangan kad pengenalan sebelum ini.“Sebenarnya saya tiada komen. Saya gembira saja dapat kad pengenalan. Saya pun tak faham sebenarnya kenapa timbul isu.Netizen meluahkan rasa tidak puas hati kepada JPN. “Sebelum ambil gambar, saya dah tanya dulu dekat staf mereka dan mereka kata okey sahaja untuk senyum nampak gigi.“Saya buat kad pengenalan baharu ini pun sebab kad lama hilang,” katanya ketika dihubungi mStar. Menjawab dakwaan segelintir pihak kononnya golongan artis sering diberikan layanan istimewa, Jaclyn menafikan perkara itu dan menegaskan dia tidak pernah meminta diberikan kepadanya. ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi MyKad Jaclyn Victor, JPN beri kelonggaran... “Kita benarkan rambut yang hampir dengan warna asal“ARTIKEL BERKAITAN: Istimewa sempena 20 tahun sebagai penyanyi, Jaclyn Victor sanggup belanja besar demi album ‘Glorious’“Artis selalu dapat layanan istimewa? Saya tak rasa dapat itu dan saya tak harapkan apa-apa pun.“Saya pergi ke mana-mana premis sekali pun, saya memang tidak pernah mengharapkan layanan istimewa ke apa.“Mengenai warna rambut pula, rambut saya memang sudah lama seperti ini,” ujarnya. Jaclyn nafi terima layanan istimewa. Sebelum ini, foto MyKad milik Jaclyn mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang mendakwa wujud ketidaksamarataan dalam polisi JPN kerana orang awam kebiasaannya diminta mematuhi etika gambar yang ketat.Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara, Muhammad Asraf Sukadi menjelaskan JPN membenarkan warna rambut semula jadi atau tona yang mendekati warna asal mengikut latar belakang keturunan seseorang pemohon.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube