suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ala, pantang saya nak melawa sikit” - Zara Zya jawab wajah berubah kerana mekap, bidas tuduhan bedah hidung

Zara jawab tuduhan buat hidung.

PERUBAHAN pada wajah Zara Zya ketika menghadiri sebuah acara mengundang pelbagai spekulasi di media sosial apabila aktres itu dipercayai melakukan prosedur estetik.

Tampil menjelaskan dakwaan itu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata perubahan pada wajahnya berpunca daripada teknik solekan yang tebal.

Malah, pelakon itu memberitahu dia turut mendapatkan khidmat jurusolek profesional bagi menghasilkan penampilan yang bersesuaian dengan acara berkenaan.

Zara jawab tuduhan lakukan prosedur estetik.

“Ala, pantang kalau saya nak melawa sikit, mesti ada yang cakap saya buat muka.

“Kalau ada acara, selalunya solekan akan lebih tebal mengikut kesesuaian dan saya akan upah jurusolek untuk tatarias muka saya yang biasa-biasa ini,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam pada itu, Zara turut menafikan dakwaan kononnya dia melakukan perubahan pada bahagian hidung sehingga kelihatan lebih mancung berbanding sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya risau suami orang cuba ‘menggatal‘, diusik lelaki muda - “Budak-budak sekarang pun rajin mesej nak kenal tapi panggil kita kakak“

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak pergi karaoke dan suruh buka baju, Zara Zya kongsi pengalaman hitam dunia hiburan… Rakan artis ambil kesempatan

Menurutnya, bentuk hidungnya masih sama dan perubahan tersebut hanyalah kesan daripada teknik solekan serta shading.

“Bila dah ditatarias, berubahlah sikit wajah itu. Sudah dituduh buat hidung pula.

Netizen dakwa hidung Zara alami perubahan.

“Hidung saya ini memang jambu air dari dulu, sama saja. Kena shading, jadi mancung terletaklah dia,” kongsinya.

Sebelum ini, penampilan Zara ketika menghadiri acara pelancaran drama bersiri iQIYI Original, Sekali Lagi Bahagia pada 15 September lalu mencuri perhatian peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain