suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Redza Rosli kongsi video mesra ‘pembayang’ hubungan okey, netizen doa perkahwinan kekal... “Jangan pergi mahkamah lagi”

Bella (kiri) seakan menjawab spekulasi rumah tangganya bersama Redza.

ISTERI kepada pelakon Redza Rosli, Bella seolah memberi gambaran hubungan mereka masih baik sekali gus meredakan spekulasi mengenai rumah tangga pasangan berkenaan.

Bella atau Farhana Nabila Rosman, 30, menerusi satu hantaran video memaparkan kemesraan bersama Redza ketika berada di dalam kereta yang dipercayai dirakam selepas mereka menghadiri prosiding di mahkamah.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji kecantikan Bella selain menitipkan doa agar rumah tangga pasangan itu terus baik.

Netizen mendoakan yang terbaik buat Redza (kiri) dan isteri.

Netizen mendoakan yang terbaik buat Redza (kiri) dan isteri.

"Moga Allah jaga hubungan mereka, anak kecil lagi. Ingat yang manis dan kena kuatkan kesabaran. Saya doakan yang baik-baik untuk adik berdua (Bella dan Redza).

"Suka tengok suami isteri ni, semoga jodoh berkekalan hingga akhir hayat.

"Korang jangan buat gempak boleh tak? Hancur hati kami, semoga kekal bahagia.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Minta maaf ya!” Itu jawapan Redza Rosli selepas keluar dari mahkamah Syariah bersama isteri, peguam

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Redza Rosli jelas spekulasi muncul di pejabat agama

"Please bahagia selalu, jangan pergi mahkamah lagi," tulis netizen.

Pada 9 September lalu, Redza, 34, dan Bella dilihat muncul di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun, Redza enggan mengulas lanjut mengenai kehadiran mereka yang turut ditemani peguam.

Pelakon drama Dendam Seorang Madu itu sekadar menyapa dan memohon maaf kepada media kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung kehadiran mereka di mahkamah.

Terdahulu, Bella turut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut selepas memuat naik foto di sekitar kawasan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 2 Julai lalu.

Redza dan Bella (kanan) bernikah pada Jun 2024.

Redza dan Bella (kanan) bernikah pada Jun 2024.

Bagaimanapun, menerusi hantaran di Threads, Bella menjelaskan berlaku salah faham mengenai perkongsian tersebut dan memberitahu kehadiran seseorang ke pejabat agama tidak semestinya berkaitan dengan urusan perceraian.

Untuk rekod, Redza mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 21 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Aydrean Raess yang kini berusia sembilan bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain