PELAKON Sabrina Ali tidak pernah terfikir hubungan sebagai anak saudara kepada penerbit Datuk Yusof Haslam adalah jalan singkat dan 'kabel' yang menjamin kejayaannya dalam bidang seni.Malah, Sabrina atau Sabrina Nadira Ali Dad Khan, 46, berkata, dia lebih selesa identitinya tidak begitu dikaitkan dengan nama keluarga, kerana mahu membina kerjaya berdasarkan kebolehan dan hasil usaha sendiri. Tegasnya, penglibatan dalam industri seni bukan kerana mahu bergantung kepada bapa saudaranya atau mendapatkan bantuan daripada individu berpengaruh dalam industri. “Saya bersyukur, Alhamdulillah. Selama saya dalam bidang ini, sekarang baru orang tahu. Setelah beberapa puluh tahun, okeylah tu.“Tapi sebelum ini orang tak tahu pun. Saya lebih suka bahagian orang tak tahu itu.“Saya nak orang kenal kerana karakter dan bakat bukan sebab seseorang,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Sabrina Ali selamat bergelar isteri bekas vokalis Handy Black Wanji Aswandi - “Kami rapat empat bulan lalu... akhirnya sampai seru”ARTIKEL BERKAITAN: Sabrina Ali hanya terima watak sesuaiMenurut Sabrina, dia bersama dua sepupunya, Syamsul dan Syafiq Yusof juga mahu membuktikan kelayakan mereka melalui hasil kerja masing-masing.“Kita masing-masing membuktikan diri dalam bidang ini. Kita bukan berada di sini atas nama siapa-siapa.“Kalau orang kata kita layak berada di situ, Alhamdulillah, kita memang layak berada di situ. Tawaran itu kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada.SABRINA ALIPELAKON“Kenapa kita nak tanggung nama orang lain? Macam uncle (Yusof Haslam) dulu pun dia bina nama dia sendiri. Jadi kita pun nak bina nama sendiri juga,” ujarnya.Sabrina yang kini semakin jarang muncul di televisyen berkata, dia sebenarnya masih menantikan tawaran karya yang dirasakan sesuai dengan dirinya.“Belum dapat lagi yang menarik. Tawaran itu kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada.“Bila kita dah lama tak berada dalam media, orang ingat kita dah tak berlakon. Kadang-kadang mereka tanya, ‘Oh, berlakon lagi?’ Mereka ingat kita dah tak berlakon,” kongsinya.Sabrina rancang hasilkan filem sendiri.Dalam pada itu, selain meneruskan kerjaya sebagai pelakon, Sabrina turut menyimpan impian untuk menghasilkan karya sendiri, termasuk filem yang membawa mesej tertentu.Bagaimanapun, dia mengakui perancangan tersebut masih bergantung kepada rezeki dan peluang yang ada.“Bagi saya, filem adalah satu medium untuk menyampaikan ideologi dan agenda. Ada orang gunakan filem sebagai propaganda.“Saya tak kisah genre apa pun, tapi mesti ada unsur-unsur itu. Sebab bagi saya, saya ada tujuan kenapa Allah letakkan saya dalam bidang ini? Mesti ada tujuan, kan? Jadi saya rasa itu tujuan saya," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube