Sabrina Ali hanya terima watak sesuai - Hiburan | mStar

Sabrina Ali hanya terima watak sesuai

Sabrina Ali berpegang teguh pada pendirian diri. Foto RAJA FAISAL HISHAN

KUALA LUMPUR: Pelakon Sabrina Ali masih berpegang teguh dengan pendiriaan yang hanya akan menerima tawaran watak bersesuaian sahaja.

Sabrina atau Sabrina Ali Dad Khan, 37, berkata dia enggan melakukkan sesuatu kerja tanpa ada keikhlasan dan usaha.

“Sejak dahulu dan sampailah sekarang saya masih lagi berpegang dengan prinsip saya yang akan memilih sesuatu tawaran watak bersesuaian sahaja.

“Nanti kalau saya ambil saja tawaran itu tapi nak berlakon jadi tak ikhlas. Saya nak berlakon dengan hati yang senang.

“Barulah boleh buat dengan bersungguh-sungguh dan lakonan yang terbaik,” kata Sabrina kepada mStar Online.

Sabrina ditemui ketika majlis sidang media Havocraya 2018 di Hotel Silka, di sini pada Selasa.

Sabrina kembali bawa watak antagonis.

Setelah beberapa tahun tidak membawa watak antagonis dalam drama, Sabrina bakal muncul dalam drama bersiri terbaru, Sejuta Rasa Adelia yang akan memulakan penggambaran pada Selasa.

“Selepas beberapa tahun saya tak ambil watak antagonis dalam drama, akhirnya saya kembali memegang watak tersebut.

“Sebelum ini, saya asyik berlakon filem sahaja. Dah lama tak muncul di drama. Jadi, dah dapat tawaran yang sesuai ini saya lakukan sahaja.

“Hari ini dah mula penggambaran dan Insya-Allah akan selesai pada bulan Julai depan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sabrina akan turut serta menjual produk kecantikannya di karnival Havocraya 2018 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 1 Jun depan.

Sabrina ambil peluang berniaga pada bulan Ramadan ini.

Selain menjual produknya, Sabrina akan meluangkan masa bersama peminat untuk berbuka puasa.

“Saya akan jual produk kecantikan. Insya-Allah mungkin saya berada di sana untuk beberapa jam selepas selesai penggambaran.

“Menariknya, peminat boleh sertai saya untuk berbuka puasa dan bergambar di gerai saya nanti,” katanya.

Karnival jualan Havocraya 2018 yang dianjurkan oleh Magna Velvet Events akan diadakan di Cheras Sentral Mall pada 1 hingga 3 Jun depan.

Selain Sabrina, antara barisan selebriti yang turut menceriakan acara dan terlibat dalam aktiviti berniaga ialah Saharul Ridzwan, Keena Mentor, Mimi Ernida, Erry Putra dan ramai lagi.

Karnival tersebut akan berlangsung selama 77 jam tanpa henti dan selain itu, pihak penganjur turut menaja peluang perniagaan kepada mereka dari keluarga kurang berkemampuan, ibu tunggal, gelandangan dengan memberi gerai jualan.

Sabrina Ali

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati