suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kontroversi MyKad Jaclyn Victor, JPN beri kelonggaran... “Kita benarkan rambut yang hampir dengan warna asal“

Jaclyn mendapat kecaman ramai gara-gara perkongsian gambar kad pengenalannya.

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan garis panduan sebenar berhubung etika penggambaran kad pengenalan (MyKad) susulan kecaman umum mendakwa wujud layanan dua darjat membabitkan penyanyi Jaclyn Victor sebelum ini. 

Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN, Muhammad Asraf Sukadi berkata, pihaknya tidak melarang secara mutlak rambut berwarna, sebaliknya mereka beri kebenaran jika ia kelihatan semula jadi atau mendekati warna asal. 

Menurut Asraf, kelonggaran diberikan kepada individu yang mempunyai perubahan warna rambut akibat faktor usia seperti uban atau pewarnaan menggunakan inai yang tidak terlalu mencolok mata.

Netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap JPN. 

“Secara asasnya, kita benarkan rambut yang warnanya hampir dengan rambut asal, contohnya warna uban ataupun yang menggunakan inai yang tidak terlalu ketara.

“Sebagai contoh, sekiranya individu itu memang berketurunan Serani, kita benarkan dan tiada masalah. Tetapi bukanlah seperti keturunan Jawa tetapi rambutnya diwarnakan perang.

“Bukanlah bermaksud yang memang perang, sebaliknya warna-warna yang lebih kepada semula jadi,” katanya pada satu temu bual bersama stesen radio Kool FM.

Pada Khamis, isu mengenai kad pengenalan menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular gambar Jaclyn Victor yang memperbaharui MyKad dengan gaya rambut yang bukan berwarna hitam asli.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor tiada niat sorok perkahwinan, sedar rakan-rakan akan kongsi di sosial media

ARTIKEL BERKAITAN: Istimewa sempena 20 tahun sebagai penyanyi, Jaclyn Victor sanggup belanja besar demi album ‘Glorious’

Ia menimbulkan rasa kurang puas hati dalam kalangan warganet yang mendakwa wujud perbezaan layanan memandangkan orang awam sering ditegur atau diminta mematuhi kod etika yang ditetapkan. 

Dalam pada itu, menjawab kekeliruan orang ramai mengenai pemakaian hijab, Asraf menafikan dakwaan kononnya wanita bertudung diwajibkan memakai tudung berwarna hitam sewaktu sesi bergambar.

“Untuk tudung pula, kita tidak cakap wajib warna hitam, tetapi ia perlu berwarna gelap.

“Ini kerana asasnya latar belakang kita adalah berwarna putih. Kalau pemohon pakai tudung warna cerah, kita tidak akan nampak perincian tudung itu di dalam gambar,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain